Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

Indahnya Hidup Bersahabat


"People are lonely because they build walls instead of bridges.”
— Joseph F. Newton Men

Tembok akan terbina jika kita asyik
-melihat kekurangan orang lain
- menganggap diri lebih baik
-berkawan kerana kepentingan diri
-tidak dapat menerima orang lain seadanya dan banyak lagi yang menghalang sesuatu hubungan.

Untuk membina hubungan dengan manusia lain, kita harus membina jambatan bukan tembok pemisah. Jika tidak, hidup kita pasti kesunyian dan keseorangan.

Kita boleh berkawan dengan sesiapa saja tapi bolehkah sesiapa saja menjadi sahabat kita? Bolehkah kita juga menjadi sahabat kepada orang lain?

Setiap kita tentu punya definisi tersendiri tentang sahabat. Sahabat boleh jadi pasangan, rakan sekerja, ahli keluarga atau sesiapa saja.

Tempoh masa mengenali seseorang bukan satu jaminan ikatan persahabatan. Ada kala baru jumpa atau cuma berhubung secara maya, kawan boleh jadi sahabat.

Yang penting, keikhlasan dalam perhubungan. Itulah yang menentukan sejauh mana hubungan itu akan berkekalan.

Antara kriteria sahabat menurut Imam al-Ghazali 

* jika anda berbuat baik kepadanya,  dia juga akan melindungi anda.

*Jika anda merapatkan ikatan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan tersebut.

*Jika anda memerlukan pertolongan, dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuan dirinya.

*Jika anda membantu, dia akan menghargai kebaikan itu.

*Jika dia melihat keburukan anda, dia akan berupaya menutupnya.

Tak dapat saya bayangkan bagaimana hidup saya tanpa sahabat. Betapa sunyi dan bosannya hidup. Sahabat merupakan sebahagian kegembiraan dalam hidup. Saya bersyukur dengan nikmat persahabatan.

Memang dalam hidup kita akan bertemu dengan aneka ragam manusia. Ada yang boleh dijadikan kawan, ada yang boleh jadi sahabat. 

Bagi saya, sahabat bukan bermakna kita miliki persamaan tetapi persefahaman dan kasih sayang, menerima mereka seadanya sebagaimana mereka terima kita dan bersedia menerima mereka tanpa syarat. 

Dalam kesibukan, sesekali dapat keluar bersama-sama sahabat, berkongsi cerita. Ada masa berkongsi bahagia. Ada ketika berbahagi duka. 

Bersahabat bukan bermakna sentiasa bersama. Pada saya ikatan hati sangat penting. Niat bersahabat kerana Allah, jadi sahabat yang baik, insya-Allah, kuta akan ditemukan dengan orang yang baik- baik.

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita, suka atau tidak bukan satu kebetulan. Semuanya ada hikmah yang perlu kita sedari dan syukuri.

Terima kasih sahabat. Meski kita berbeza, kita sering mencari titik persamaan dan persefahaman, saling memberi dan menerima seadanya.

Sayang kamu ketat-ketat.
Hari-hari bersama kalian, sangat membahagiakan.

"Let us be grateful to the people who make us happy; they are the charming gardeners who make our souls blossom.”
– Marcel Proust

Comments

Popular Posts