2 HARI 1 MALAM
Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas.
Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan.
Alhamdulillah, semalam 5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya.
Alang- alang nak pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama.
Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi.
Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin.
Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya.
Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya pandu kereta sampai ke atas.
Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau pandu perlahan saja.
Nak ambil gambar tiap selekoh pun tak sempat sebab tangan kejap pada pemegang yang di atas kepala.
Mau tak segheyau, kanan tebing tinggi, kiri gaung. Bahu jalan pulak ngam- ngam saja. Selekoh tajam bentuk V kurus tu bukan satu, tapi banyak.
Sudahlah tajam dan curam, tak nampak pula kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Kena cermat dan berhati- hati betul. Hon dibunyikan agar kenderaan lain berwaspada.
Ini bukan kali pertama ke Gunung Jerai tapi kali pertama bawa kereta sampai ke atas.
13 kilometer saja dari kaki gunung tapi sesak dada menahan rasa tambahan pula ketika berselisih dengan kenderaan lain.
Perjalanan yang mendebarkan tapi terbayar dengan suhu yang nyaman, pemandangan laut dan sawah padi saujana terbentang serta landskap yang kemas terjaga. Bilik penginapan pun sangat memuaskan.
Memandangkan yang pergi warga emas belaka dapat upgrade bilik pula. Alhamdulillah. Tak perlu jalan jauh, dekat saja dengan kawasan parkir.
Masa balik tadi lajak ke Ladang Nira Ismail Chek Kaq, makan bihun kuah laksa dan air nira.
Sampai rumah 3.30 petang. Alhamdulillah. Hujan lebat tidak seperti kelmarin yang terang benderang.






































Comments
Post a Comment
Send button