Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

Selamat Datang



Assalamualaikum dan selamat datang ke travelog cikgu Sarie, . Blog ini untuk berkongsi beberapa topik berkaitan travel, Bahasa Melayu, karya sastera seperti  puisi,cerpen dan  novel, cerita motivasi  dan pengalaman hidup

Saya ingin berkongsi pengalaman dan karya saya dalam blog ini. Moga bermanfaat dalam usaha untuk sebarkan kebaikan untuk ditinggalkan.

Saya seorang penulis. Kecenderungan dan minat saya lebih kepada puisi, cerpen dan cerita-cerita motivasi. Antara karya saya ialah kumpulan puisi Hidup Bukan Sekadar Pasrah dan buku kisah hidup Singkir Kasihku Tak Pernah Berakhir.

Melancong juga memberi banyak inspirasi kepada saya untuk menulis. Saya akan kongsikan pengalaman melancong di sini.

Pengalaman kerjaya turut memberi banyak kenangan pahit manis dalam perjalanan hidup ini. Ada masam ada manis, ada pahit untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.

Blog ini juga untuk saya berkongsi ilmu tatabahasa Bahasa Melayu untuk yang berminat mendalami ilmu tatabahasa.

Moga bermanfaat.
Sebarkan kebaikan. 
Salam sayang.



Comments

Popular Posts