Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

Sonigraf

Sonian- satu bentuk puisi 6,5, 4,3. Maksudnya baris pertama 6 suku kata, baris kedua 5, baris ketiga 4 sukukata dan baris terakhir 3 suku kata.


Lihatlah buah manggis. Kulitnya gelap berbanding isinya yang putih mulus.
Begitu ibarat kita manusia. Mata kita selalu menilai luaran, apa yang dilihat dengan mata kasar.
Indah rupa bukanlah yang utama. Bagi kita manusia, hatilah yang paling penting. Apa guna fizikal, rupa paras cantik, tapi hati hitam, busuk. 

Memang sukar nak mengenali hati budi orang tapi itu bukan alasan untuk kita terima sesiapa saja sebagai teman, sahabat atau pasangan hidup.


 

Comments

Popular Posts