Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

Jalan- jalan Kuala Kangsar

Dalam perjalanan balik dari Melaka, biasanya saya akan singgah Cameron Highland. Tidur semalam barulah pulang ke tempat tinggal saya.

Tapi kemarin 2 Ogos saya mengubah kebiasaan ini dengan memasuki susur lebuh raya ke Kuala Kangsar. Kali terakhir saya ke Kuala Kangsar Perak adalah pada tahun 1990-an. 

Kuala Kangsar yang terkenal dengan kraftangan terutama labu sayang kelihatan berbeza sekali. Maklum, sudah lama tak singgah.

Keterujaan saya agak terganggu apabila dapat tahu bahawa tempat - tempat yang saya nak singgah ditutup sempena cuti raya Aidil Adha.

Alang- alang dah masuk ke sana, saya terus juga niat untuk melancong di situ. Tempat pertama saya singgah ialah Pavillion Square. Cantik dan menarik binaan tahun 1929 ini. Terletak bertentangan dengan MCKK. 




Dari situ kami bergerak ke Galeri Tunku Azlan Shah tetapi ditutup 2 tahun lalu untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Seterusnya, Masjid Ubudiah. Niat di hati nak solat zohor di situ tetapi tak kesampaian kerana kami sampai setelah tamat waktu solat berjemaah dan tidak lagi dibenarkan masuk.

Dari situ kami ke Galeri Diraja sebelum singgah di pinggir sungai dan masuk semula ke lebuh raya, mencari hentian rehat untuk makan dan solat.
Dalam hati menyimpan azam untuk datang lagi. Tak puas hati apabila tak dapat masuk ke muzium diraja ini. Cantiknya senibina bangunan  tanpa sebarang paku ini.

Lihatlah antara foto menarik yang sempat dirakam sepanjang jalan. Sampai jumpa lagi Kuala Kangsar.
Pintu masuk ke Kuala Kangsar
Ada arca labu sayung.
Menara jam di tengah tengah bandar

Pemandangan di pesisir sungai.

Banyak lagi tempat menarik di Kuala Kangsar yang pasti tidak mengecewakan.
Jom cuti-cuti Malaysia.

Comments

Popular Posts