Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Masa Yang Bermakna
Banyak orang hidup sendiri tanpa keluarga. Sahabat , kenalan menjadi keluarga bagi yang tak punya siapa-siapa. Sebagai makhluk sosial, anat sukar hidup bersendirian.
"Family is not an important thing. It’s everything.” –Michael J. Fox
Bagi sesetengah orang keluargalah segala-galanya. Kalau berjauhan rindu akan bertandang. Lalu segala cara dicuba untuk berhubungan.
Dalam tempoh PKP kerana Covid -19 jelas dapat dilihat. Macam- macam gaya, macam- macam cara digunakan. Segala aplikasi teknologi komunikasi seperti zoom, videocall dan google meet.
Jika sibuk, dirancang masa seboleh mungkin untuk ada masa berkualiti bersama keluarga walau sekejap.
Jadi 28 dan 29 Februari 2020 saya berkesempatan merancang percutian pendek dengan keluarga. Kebetulan anak saudara sedang berkursus di Cameron Highland.
Selama 2 hari 1 malam kami 6 orang habiskan masa bersama- sama. Alhamdulillah segalanya seperti dirancang.
28.2.2020, kami bertolak sesudah subuh dan masuk susur Simpang Pulai. Dalam perjalanan singgah sarapan di Cameron Valley Tea House- menikmati skon, kek dan ais krim dalam dingin pagi yang menyamankan. Saya suka singgah di sini kerana mudah dan selesa.
Yummy!
Selepas sarapan, terus ke Taman Agro Teknologi MARDI. Suka dengan landskap dan binaan bangunan ala Inggeris di situ sambil makan ais krim dan strawberi coklat. Kawasannya luas, parkir pun mudah.
Nyaman
Selepas selesai berfoto dan ronda-ronda di sekitarnya, kami check in Golden Hills Apartment, Tanah Rata.
Selesai solat dan semua urusan peribadi kami ke Taman Sedia, destinasi wajib setiap kali ke Cameron untuk makan- makan, minum teh panas. Banyak chalet,homestay budget -syurga strawberi- produk muslim; jem, minuman berasaskan strawberi, sambal strawberi.
Cactus Point menjadi destinasi seterusnya. Tak beli tapi suka tengok aneka kaktus yang unik dan tersendiri. Temani adinda seorang penggemar kaktus.
Cameron Lavender Garden menjadi destinasi terakhir hari pertama. Suka pokok bunga yang berwarna warni memang sesuailah..pengusaha sentiasa tambah baik kemudahan dan kreatif menyusun atur landskap, sentiasa ada perubahan.
Wanita dan bunga tak dapat dipisahkan
Sebelum balik ke hotel,cuba ke pasar malam tak berjaya, terlalu sesak.
Esok selepas check out awal pagi, kami bergambar sekitar The Smoke House, Tanah Rata. Penginapan English Cottage Style - landskap taman yang sangat cantik, macam di luar negara sesuai dengan cuaca dan lokasi. Teruja bergambar, tak sedar masa berlalu.
Tiga beranak
Tiga beradik
Kami bercadang nak bersarapan di kafeteria Ladang Teh Sungai Palas.
Lebih 2 jam pergi balik dari Tanah Rata ke ladang teh, pengalaman pertama yang sangat mendebarkan- kesesakan trafik yang sangat teruk. Mata asyik tengok gaung di tepi saja.
Dah sampai tiada parkir.berhenti di tepi ladang untuk bergambar. Perut dah lapar. Nak sarapan di mana ni?
Bergambar dengan anak-anak ladang yang menjual sayur
Akhirnya kami singgah sarapan di Avant Chocolate - salad dan ais krim..hmmm menjilat jari, segar dari ladang.
Kegemaran
Kalau tak memikirkan jalan ke Cameron yang sentiasa sesak terutama hujung minggu dan cuti umum, rasa tiap-tiap minggu nak ke sana. Tak pernah jemu. Sangat menenangkan dan menginspirasikan.
2hari1malam yang terpahat dalam ingatan. Terima kasih semua.
"Things end but memories last forever."














Comments
Post a Comment
Send button