Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Mengintai Rindu (2)
Menyimpul Tali Kasih
"Love is missing someone whenever you’re apart, but somehow feeling warm inside because you’re close in heart.” — Kay Knudsen
(Cinta adalah merindukan seseorang setelah berpisah, tapi tetap terasa hangat di dalam kerana dekat di hati)
Begitulah apabila kasih telah terikat, hati telah bertaut. Masing- masing tak sabar untuk bertemu. Yang seronoknya itinerary pun 'ad hoc' saja. Apa nak buat dalam 2h1m?
Mereka serahkan kepada saya memandangkan saya orang Kedah, orang Singkir, Yan.
Jadi rancanglah juga secara ringkas
23.6.2020
1.check in dan solat
2.Ladang nipah Ismail che Kaq, Kuala Sedaka
3. Jambatan Pulau Bunting
4.Pantai Murni
5.makan malam
6. Kelas puisi/sajak
24.6.2020
1.makan pagi
2.Gunung Jerai
3. Naik ATV di KAMC
4. Check out
Kelam kabut juga mengejar masa. Sebenarnya daerah Yan sendiri ada banyak tempat menarik tapi kurang promosi. Orang tempatan saja yang tahu.
Antara tempat menarik ialah Chalet Salak Denai, Kampung Raga, Perigi, Titi Hayun, Tanjung Jaga, pemandangan pantai dan sawah padi di kaki Gunung Jerai yang sangat memukau.
Ok. Selepas solat kami bertolak dengan kereta Farida saja, terus ke Ladang Nipah Ismail Che Kaq. Tak ramai sangat, maklum masih PKP Bersyarat. Namun hajat nak bagi kawan-kawan rasa nira nipah asli tak kesampaian. Nira dah habis. Jadi makan bihun laksa dan ABC saja sambil bergambar. Rupa-rupanya semua mereka tak tahu kewujudan tempat ni.
Dari situ, kami ke jambatan Pulau Bunting. Tak jauh pun. Sepanjang jalan menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan.
Pemandangan pulau- pulau yang cantik dalam cuaca petang yang sangat baik. Saya dan Nurhuda berjalan kaki sampai ke puncak jambatan manakala yang lain berbasikal hingga ke pulau.
Sayangnya kesedaran orang kita tentang kebersihan masih tak berubah. Sangat menyedihkan. Alam yang cantik sebagai aset utama pelancongan seakan disia-siakan. Sudah jauh saya mengembara ke luar negara, keadaan ini tidak ditemukan di sana.
menikmati keindahan alamSeterusnya kami berpatah balik untuk ke Pantai Murni. Dalam perjalanan lajak ke Pekan Guar Chempedak kerana ada barang yang perlu dibeli. Hmm..lepas tu terkejar-kejar untuk solat.
Elok sampai ke Pantai Murni, lima minit sebelum matahari jatuh. Langit yang diliputi awan menyebabkan kami tak dapat lihat matahari jatuh dalam bentuk bulat penuh. Kelihatan cahaya lembayung samar-samar saja di balik awan. Itupun sudah sangat mengujakan. Subhanallah, terlalu indah!
Sebaik saja selesai bergambar, cepat- cepat balik ke chalet untuk solat.
Yang seronoknya, apabila balik bau semerbak menerp. Tengok tuan punya chalet bagi sebakul durian. Chalet KAMC ni letaknya dalam dusun.Campur durian yang saya bawa lagi, memang tak larat nak makan lah. Nasib baik ada dua tiga orang hantu durian.
Sambil makan durian sambil buat pengisian sedikit tentang puisi. Tapi itulah, belajar sambil makan dan tukar-tukar hadiah. Belajarnya sikit saja, gelak dan makan yang lebih. Yang kelakarnya kaki durian tak pandai kupas buah durian.
Paling tak seronok, Cahaya dan Norhuda terpaksa pulang ke Baling malam itu juga. Sedih la masing-masing. Tapi apa nak buat, ada urusan yang tak dapat dielak .
Malam tu kami berempat tidur sorang satu katillah.. Jenuh berguling.
pemandangan KAMC yang nyamanKalau nak tahu lebih tentang Pantai Murni,boleh ke link di bawah ini.
https://www.percutianbajet.com/kedah/yan/bersantai-di-pantai-murni-yan
Episod 24.6.2020,tunggu siri 3 ya!




Comments
Post a Comment
Send button