Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

Mengintai Rindu (3)

 Berpisah untuk Bertemu

"A memory made alone abides in isolation; such is love that is never shared. Fill your life with shared memories and love, and in the end you will have lived."

Lynda I Fisher

Kasih sayang dan kenangan yang dikongsi bersama akan menjadikan hidup kita lebih bermakna. Percayalah!

Walaupun  cuma ada 2 hari 1 malam, masa yang ada cuba isi sebaik- baiknya. Dingin alam di Kampung Acheh Management Centre (KAMC) mendodoi lena kami malam itu.

Oleh sebab aktiviti hari ini juga padat, seusai solat subuh kami bertolak ke Gunung Jerai. Dalam perjalanan kami singgah sarapan di sebuah gerai sebelum pekan Guar Chempedak. Pekena roti telur goyang dan peknga nyoq kari ikan sekoq di tepi sawah yang menghijau memang sangat membangkitkan selera. 

-sedang tunggu pesanan

 Tak sabar masing- masing nak ke Gunung Jerai. Sampai di kaki gunung, kami menyewa van , pergi balik RM70.00. Oklah berbanding nak pandu sendiri sejauh 13 km melalui beberapa selekoh V yang sangat tajam. Boleh fokus keindahan sepanjang jalan sambil lihat ramai yang mendaki dan berbasikal ke puncak. Ini antara aktiviti biasa di Gunung Jerai.

Saya dah sering juga naik gunung Jerai. Walaupun begitu tetap tak berani memandu. Jaz dan Cahaya kali pertama ke sini. Sebaik sampai, mereka jelas terpukau. Terus berhajat nak datang lagi, bermalam pula di sini.

Saujana mata memandang- terapi jiwa alami

Apalagi, berposing sakan sambil menikmati udara nyaman serta persekitaran Jerai Regency Hotel yang cantik  dengan bunga hydrangea yang sedang berkembang.

Meninjau ke bawah dari batu tanda Gunung Jerai, saujana sawah padi dan pinggir pantai indah menarik pandang. Sebelum turun kami menikmati roti dan kopi panas di kafeteria.

 Walaupun sayang nak tinggalkan, terpaksa juga kerana ada aktiviti lain menunggu. Suspen, sebab pertama kali nak lakukan aktiviti ini.

Penginapan di G.Jerai
Ala Inggeris
Hydrangea di sana sini

Kami lewat sejam daripada masa yang dijanjikan. Sampai saja di KAMC, adik-adik pekerja KAMC dah siap menunggu dengan ATV mereka. 

Test drive

Mulanya 3 orang saja nak naik. Tapi apabila ditunjuk cara, semua nak naik. Takut juga, sebab tak biasa tapi adrenalin dah tercabar dengan test drive. Jenuh juga nak kawal brek dan gear.  Riuh rendah mak cik- mak cik mencuba ATV.

Apabila dah ok, kami pun mula menjelajah trek yang disediakan . Paling mencabar ketika meredah anak sungai. Terpaksa minta bantuan salah seorang petugas kem. 

Penuh gaya, keunggulan

Keyakinan

Kepuasan terpancar

Mengatasi ketakutan

Tapi memang bestlah. Dah lebih 50 tahun baru dapat cuba. Hampir- hampir juga terjunam ke dalam sungai ketika melalui jalan berturap simen. Turut ketawa mendengar jerit dan tawa Huda kepada saya.

Selesai solat kami ke Tanjung Dawai. Tapi disebabkan terlalu ramai manusia, Fahida berpatah balik kerana tiada parkir yang kosong lagi. Setelah membeli- belah  sedikit, kami berangkat pulang dan berpisah dengan Huda dan Jaz di Art Sate Semeling.

Indahnya kenangan yang tercipta dalam mesra kasih persahabatan titipan Ilahi. Untuk kekal bersahabat

1.Harus terima tanpa syarat

2.bersedia bertolak ansur

3.sentiasa memaafkan

4.jangan banyak songeh

5.usah berkira wang, masa atau tenaga

6.fikir positif

7.bersahabat kerana Allah

Jom, kita bina dan jalin persahabatan. Makin ramai makin indah kehidupan. Syukuri nikmat bersahabat sambil mengintai ruang waktu bertemu lagi.

"The return makes one love the farewell.” – Alfred de Musset

https://www.hmetro.com.my/santai/2019/09/493806/gamitan-gunung-jerai





Comments

Popular Posts