Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Nikmat Sakit
Tidak kira sakit itu ringan atau berat, setiap kita pasti pernah melaluinya.
Sepanjang hidup saya, hanya beberapa kali diuji dengan kesakitan yang berat. Selebihnya Allah beri nikmat sihat.
Rungutan meski tak terzahir di bibir, terucap juga di hati. Begitu lemahnya iman ketika diuji.
Mengapa ujian sakit tiba?
1.Kerana Allah ingin kita mengingatinya. Semasa sihat,gembira kita selalu lupa.
2. Sakit satu peringatan-agar kita mengakui kita ini kerdil dan lemah.
3. Sakit itu nikmat- supaya kita sentiasa bersyukur dan menghargai sihat , lebih berusaha jaga kesihatan tubuh
4. Sakit mampu gugurkan dosa- jika kita sabar dan reda
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Apa-apa saja yang ditakdirkan; buruk atau baik tidak sia-sia.
Seharusnya, kita hendaklah menganggap setiap kepayahan itu sebagai ujian daripada Allah untuk mengajar kita erti sabar dan berusaha serta tidak berputus asa.
Firman-Nya: “Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’. Mereka itulah orang yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156-157).
Selepas kita berjaya melalui segala kepayahan dan bersabar dengan ujian Allah, Dia akan menduga keimanan kita melalui ujian berbentuk nikmat dan kesenangan pula.
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. dan para anbiya’ yang lain pun diuji dengan pelbagai ujian yang lebih dahsyat, apalah sangat ujian yang menimpa insan biasa seperti kita.
Selepas ini, jika kita diuji dengan nikmat atau kesusahan, teruskan bersabar, pelihara hati dan jiwa daripada melakukan sesuatu yang menjejaskan keimanan kita.
Lihatlah betapa ujian yang datang daripada Allah SWT perlu diurus dengan usaha, bukan sekadar menunggu dan berserah.
Ingatlah, ujian adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.
Moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk hadapi segalanya dengan tabah.
" Ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku menanggungnya."
Terlalu banyak nikmat yang diberi. Allah hadirkan keluarga, sahabat-sahabat yang baik. Ada yang datang ziarah. Ada yang tak putus-putus bertanya khabar,berkirim pesan bersulam doa.
Besarnya kasih sayang dan luasnya nikmat kurniaan Ilahi.
Syukur atas segala pemberian-Mu. Jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur waktu susah atau senang,sakit atau sihat,gembira atau derita.
......




Comments
Post a Comment
Send button