Peganglah Tanganku
Beberapa hari lepas, saya menonton video kegigihan seekor tikus berulang- alik menyelamatkan anak- anaknya daripada lemas di dalam lubang akibat banjir. Tersentuh hati melihat kemanusiaan pada seekor binatang.
Sebaliknya, sedih sekali menatap berita bayi yang dilempar daripada bangunan tinggi di Pulau Pinang Julai lepas. Banyak lagi kes bayi dibuang ke dalam tong sampah, ditanam hidup- hidup oleh perempuan atau ibu yang melahirkannya.
Di manakah hilangnya kemanusiaan manusia? Sedangkan haiwan kasihkan anak.
Menurut Ustazah Robiah K. Hsmzah," kasih sayang ialah hadiah daripada Allah SWT kepada setiap hamba-Nya. Jika tidak dicontohi daripada ibu bapa ketika proses membesar, adalah mustahil untuk sifat itu terus mengalir dalam darah seorang anak sehingga mereka dewasa."
Tidak kira siapa kita, anak seharusnya diberi peluang yang sama untuk menikmati kehidupan. Salah satu peluang yang harus diberikan adalah menikmati kasih sayang.
Banyak kajian membuktikan bahawa anak-anak yang membesar dengan kasih sayang akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan emosi, intelek yang sangat baik.
Selain hak kasih sayang, hak untuk bermain sering diabaikan oleh ibu bapa sekarang. Saya masih ingat zaman kanak-kanak saya yang cukup manis untuk dikenang. Di sungai belajar berenang, bermain, bertoleransi. Di bendang, di padang belajar tanggungjawab, berkomunikasi dan bersosial.
Tiap satu kenangan dan pengalaman itu menjadikan saya yang ada hari ini. Apa lagi dengan sentuhan tulus kasih tak ternilai daripada ibu ayah dan keluarga meski hidup dihidang kemiskinan.
"At every step the child should be allowed to meet the real experience of life; the thorns should never be plucked from his roses.” – Ellen Key. Walau ibu bapa saya tak pernah tahu tentang kata- kata Ellen Key ini tapi saya yakin, mereka telah lakukannya ketika membesarkan saya.
Anak - anak kini pula lebih banyak habiskan masa di dalam rumah, melakukan aktiviti rutin bagai robot. Akhirnya mereka memberontak dengan cara mereka.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1989 sendiri meletakkan hak bermain sebagai salah satu hak asasi kanak-kanak.
Malala Yousafzai mengatakan,
" To every child – I dream of a world where you can laugh, dance, sing, learn, live in peace and be happy. " Meskipun Malala sudah tiada semangat dan perjuangannya tetap hidup. Itulah juga harapan saya.
Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya.”
Sehingga kini, apabila saya melihat kanak- kanak , bukan bibir saja tersenyum malah hati saya turut mekar umpama mawar. Saya yakin kita semua ada perasaan itu.
" A child can teach an adult three things… To be happy for no reason. To always be busy with something. And to know how to demand with all his might that which he desires"- Paulo Coelho
Setiap kali memandang kanak-kanak seakan terdengar bibir mungil mereka berkata," peganglah tanganku."
Kasih sayang, perhatian dan didikan terbaik untuk mereka itu ialah masa depan kita.
Tiada tempat yang lebih menenangkan selain dalam pelukan kasih ibu.
Comments
Post a Comment
Send button