Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Indahnya Pemberian
"Love planted a rose, and the world turned sweet.” — Katharine Lee Bates
Ketika sedang memasak, satu panggilan telefon diterima.
"Salam. Saya ada di depan rumah ni. Nak hantar barang saja."
Hairan juga. Saya tak pesan apa- apa daripada Olia. Api dapur saya perlahankan. Ambil tudung dan keluar.
Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Olia keluar dengan sejambak mawar merah dan sebuah beg kertas warna hitam sambil tersenyum manis.
Olia
"Ya Allah, terharunya. Daripada siapa ni?" Cuba kutahan air mata.
"Tengoklah ada pada kad," katanya.
"Ih..siapa bagi ni?"
"Mak Sri Diah".
Sri Diah Shaharuddin
" Ya, Allah..masa mana bincangnya?"
"Mesej whatssap. Saya menyampaikan saja."
Patutlah sebelum ni Olia mesej minta saya bagi 'location'. Tapi saya menolak. Saya tak mahu dia datang kerana saya baru keluar hospital. Saya tak nak merisikokan dirinya.
Kasihan dia. Jenuh dia berpusing-pusing mencari rumah saya.
"Kenapa tak bagitau?"
"Kalau bagi tau, tak surpriselah."
Bahagianya menerima sejambak mawar. Macam tahu- tahu kesukaan saya.
......
Ada beberapa sebab manusia saling memberi iaitu sebab spiritual, sosial, dan emosional.
1. Merapatkan hubungan-
Pada masa sekarang, jarak bukan pemisah untuk saling memberi dan mengingati.
Perkembangan teknologi membantu mengeratkan hubungan melalui pelbagai medium media sosial.
Boleh saja diberi dalam bentuk ucapan ulang tahun, mengirim rangkaian bunga, memberi ucapan hari raya, hingga menanyakan khabar. Keakraban hubungan akan lebih terasa.
Tindakan saling memberi akan meningkatkan hubungan kita dengan orang lain.
Bayangkan bahagianya apabila pasangan kita / sahabat kita merasa dirinya sangat dihargai dan disayangi.
Apalagi jika yang diberi itu yang disukai. Mengapa begitu? Dari situlah akan muncul perasaan positif daripada penerimanya.
Dengan begitu, kita akan berusaha melakukan hal yang serupa kelak.
2.menginginkan kebaikan untuk orang lain-
Pemberian meskipun kecil di mata kita mungkin besar dan penting kepada penerimanya. Pemberian kita mungkin mampu cantum yang retak, sembuhkan yang luka.
Namun ada juga yang memberi tanpa sebab Mereka ini merasa lebih bahagia jika memberi.
Saya juga yakin bahawa memberi boleh membahagiakan diri sendiri iaitu bahagia melihat orang lain bahagia.
3.memberi sebagai tanda syukur
Tentu kita pernah berasa sedih melihat orang yang tak punya apa-apa, yang hidupnya serba tiada, terpaksa meminta-minta.
Kita akan merasakan bertuah dan beruntungnya kita berbanding mereka.
Lalu sebagai tanda empati dan syukur atas keberuntungan kita itu, kita akan suka memberi.
Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil. Yang dihitung bukan pada nilainya tapi pada keikhlasannya.
Sebab itu Islam sangat menganjurkan amalan bersedekah dan memberi hadiah.
"Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Sabda Rasulullah S.A. W
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang"
,,,,,
Orang yang memberi ialah orang yang bahagia.
Terima kasih Olio. Terima kasih mak Sri Diah dan Stefano Romano yang turut berkomplot.
Allahu akbar. Terima kasih Allah atas kasih sayang ini.
"Giving back is as good for you as it is for those you are helping, because giving gives you purpose. When you have a purpose-driven life, you’re a happier person” — Goldie Hawn
Apa yang mampu saya beri selain titipan doa untuk mereka dan semua yang membaca catatan ini.




Comments
Post a Comment
Send button