Berapa banyak yang dibelanja atau diperlukan tergantung pada tujuan seseorang itu melancong. Ada orang melancong kerana nak membeli- belah.
Ada juga kerana cinta kepada alam dan budaya.
Percaya atau tidak, setiap kali pergi melancong, wang yang saya bawa pasti
berbaki. Kalau bawa sebuah beg, balik pun dengan sebuah beg.
Pernah saya ke Bandung, Indonesia. Saya hanya bawa RM1000.00. Apabila pulang, masih ada RM500.00. Begitu juga ketika ke Arab Saudi, ke Australia dan ke mana- mana yang telah saya pergi. Nyata, saya bukan kaki shopping. Kalau membeli pun,cuma cenderamata .
Orang selalu cakap, orang yang suka melancong ada duit berkepuk. Nak melancong juga kena ada wang yang banyak. Kalau begitu sampai bila pun tak mampu.
Bagi saya, orang yang kaki jalan, selalu tak ada banyak simpanan sebab melancong ialah aktiviti yang menghabiskan wang. Saya selalu melancong dengan wang yang minimum kerana saya bukan orang kaya.
Yang selalu saya buat,
1. Rancang lokasi/ negara
2.Rancang perbelanjaan
3.sedia tabungan berasingan untuk melancong selepas tetapkan tempat dan masa hendak pergi.
4. Pilih hotel budget - untuk tidur sahaja tak perlu hotel lima bintang.
5. Makan supaya tidak lapar sahaja- yang penting halal.
Pada saya melancong bukan hanya soal duit. Melancong melibatkan keinginan untuk mencipta kenangan juga mengukuhkan rasa kekaguman pada kebesaran Tuhan. Nilai kenangan itu lebih berharga daripada wang.
"Nature is not a place to visit.
It is home"- Gary Snyder.
Benar sekali kata-kata Snyder ini. Ketika menikmati matahari terjaga atau kembali beradu, terasa seperti berada di rumah. Jiwa menjadi tenang dan damai.
Ini foto ketika saya berada di Kaka Point, South Island, New Zealand.
Melancong tak semesti di luar negara. Pada saya yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi.
"Creating memories is a priceless gift. Memories will last a lifetime; things only a short-period of time.” — Alyice Edrich
Selagi ada peluang, ciptalah sebanyak mungkin kenangan bersama orang yang kita sayang.
Bagi penulis seperti saya, alam ialah buku yang paling besar dan takkan habis untuk membacanya. Membaca alam sambil melancong dan merakam foto menjadi salah satu sumber ilham untuk saya berkarya.
Saya percaya kenangan mungkin hilang bersama usia dan ingatan yang kian lemah. Jadi foto yang dirakam umpama "backup file".
Dirakam di lebuh raya utara selatan berhampiran Simpang Pulai.
Idea ketika dalam perjalanan pulang.
"Memories are the treasures that we keep locked deep within the storehouse of our souls, to keep our hearts warm when we are lonely.” — Becky Aligada
Kenangan memberi nafas untuk kita terus hadapi masa depan terutama ketika kita terpaksa sendiri. Jadi berapakah harga sebuah kenangan?
Comments
Post a Comment
Send button