Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

BUKAN SALAH TELEFON PINTAR


"It is easier to build strong children than to repair broken men.” –Frederick Douglass

Bilakah kali terakhir anda bermain, bermesra, bercakap dengan anak-anak?

Pernahkah anda mendengar luahan rasa mereka, dari hati ke hati?

.......

Di restoran atau di kedai makan,ini senario yang makin kerap dirakam lensa mata. 

Ibu, ayah, ahli keluarga duduk bersama-sama di meja makan. Tiada komunikasi, masing-masing khusyuk dengan telefon pintar (HP).

Masa makan pun sambil belek HP. Anak kecil terkulat-kulat sendirian di atas kerusi dan akhirnya tertidur. 

Kalau yang agak lasak, akan bermain-main seorang diri. Kalau terjatuh atau berlaku sesuatu, mak ayah terus marah, tarik ke kerusi, membebel,kemudian kembali membelek HP.

Di rumah, di dalam kenderaan tentu begitu juga suasananya. Ibu bapa sibuk melayan media sosial, anak digula-gulakan dengan HP. 

Ibu bapa sibuk dengan kerjaya, urusan lain, anak didiamkan dengan HP. Ibu bapa penat, malas layan anak, anak disogok dengan HP.  

Kesan jangka pendek , anak tak ganggu ibu bapa, anak diam, anak tak lasak. Ibu gembira, bapa senang hati.

Tapi yang ditakuti dan dibimbangi ialah kesan jangka panjangnya:

1. masing-masing bawa hal sendiri

2. didikan dan perhatian makin kurang, jiwa anak makin kosong dan gersang

3. kurang saling memahami

4. kurang kenangan yang dikongsi bersama

5. hubungan jadi renggang, ahli keluarga macam orang asing

6.anak-anak tidak memahami ibu bapa, ibu bapa tidak mengetahui masalah, perkembangan anak

7.anak mencari bahagia di luar, menagih kasih dari luar

8.anak terlibat dengan salah guna media sosial, ketagihan media sosial

9. aspek rohani dan emosi anak tidak berkembang dengan baik

10.prestasi anak di sekolah turut terjejas

11. kita akhirnya tiada dalam hati anak-anak.

Sanggupkah melihat anak-anak ini terpisah daripada kita suatu hari nanti kerana kesilapan kita?

Banyak berlaku sekarang, anak duduk asrama pun dah tak suka balik ke rumah. 

Cuti semester lebih suka jalan-jalan dengan kswan-kawan daripada balik jumoa mak ayah. Apalagi kalau dah kerja, kesibukan sentiasa jadi alasan.

Bayangkan , apa jadi dengan keluarga kita jika kesan-kesan seperti ini yang terpaksa dihadapi?

Cuba imbas masa lalu kita. Emak ayah layan kita bermain, baca buku, buat kerja sekolah. Masa di dapur ,semua kena masuk dapur tolong apa yang patut.Masa membersihkan kawasan rumah, semua bergotong royong. 

                   Kemahiran hidup

         Masa bermain bersama-sama

Semua anak diberi tugas dan tanggungjawab ikut kemampuan umur. Malam, mak atau ayah tengok kita ngaji Quran, tegur apa yang patut. Di meja makan , ajar adab. 

Mak kita pun kerja cari rezeki walau mungkin ada yang kerja kampung, kerja sendiri. 

Tiada HP tapi kita kongsi hampir setiap aktiviti  bersama-sama penuh kasih sayang .

Apabila besar, dah dewasa, hati kita sentiasa cari peluang dan ruang untuk pulang berkumpul bersama-sama. 

Kerana apa?  kerana hati kita diikat dengan kasih sayang,  Hati kita diikat dengan tanggungjawab . Hati kita sentiasa penuh ingatan yang manis untuk dikenang.

Buanglah ego sebagai ibu bapa. Akui kesilapan sebelum nasi menjadi bubur. Betulkan keadaan sebelum kita menangis kemudian hari.

Jika tidak tahu, belajarlah. Masih belum terlambat. Kemahiran keibubapaan atau parenting skills memang sangat perlu untuk membina keluarga.


Mari kita tingkatkan kesedaran bahawa

1. Anak itu  amanah 

Sesungguhnya anak-anak  itu titipan daripada Allah kepada kita. Untuk itu sudah menjadi kewajiban bagi kita untuk mendidik anak sesuai dengan  perintah Allah

2. Anak itu Generasi Penerus

Anak ialah harapan masa depan kelak. Jadi wajib bagi kita mendidik mereka agar menjadi generasi bertakwa  dan berjaya dunia akhirat.

3. Anak ialah Tabungan Amal 

Selain amal kita di dunia, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh merupakan amalan yang pahalanya akan terus mengalir selamanya.

Sama-sama kita muhasabah. Moga Allah ampuni kesilapan kita dan tunjukkan kita jalan terbaik.

Jom, kita cuba beri ' quality time' , hari tanpa HP bersama keluarga.

Comments

Popular Posts