Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
KAMPUNG AGONG YANG PERMAI
The light is what guides you home, the warmth is what keeps you there.” – Ellie Rodriguez.
Hati dah lama tertarik nak ke sini. Gambar- gambar tentang kampung ini yang dilihat di medsos lagilah menggoda. Akhirnya 3.30 petang 31.11.2020 saya dan dua orang rakan sampai ke sini. Alhamdulillah !
Lokasi Homestay Kampung Agong, Bakar Kapor, Penaga,Pulau Pinang kira - kira 30- 40 minit berkereta dari Sungai Petani.
Keluasan keseluruhannya 10 hektar, kombinasi kampung, sawah dan pepohon kelapa seperti lukisan pada poskad.
Banyak tarikan disediakan selain alam semulajadinya yang permai nyaman.
Ada parkir yang luas di hadapan pondok pintu masuk. Bayaran RM5.00 dewasa dan RM3.00 kanak-kanak. Ada tandas dan gerai jualan kraftangan.
Ada juga disediakan peta tunjuk arah bagi memudahkan pengunjung.
Tempat untuk bergambar cukup banyak; ada sarang burung besar, buaian, pondok-pondok kecil di sekitar kawasan ini.
Yang paling menarik pada saya ialah piano kayu yang diletak di bawah pohon kelapa menghadap sawah. Sungguh luar biasa suasananya.
Bagi yang rindu hendak merasai suasana kampung, ada perigi,lesung kaki, pengisar batu, pelantar, orang- orang dan macam-macam lagi.
Terasa seperti kembali ke zaman kanak- kanak dulu. Itulah hidup saya masa kecil di Kampung Singkir.
Boleh memancing boleh berbasikal di sekitar kawasannya yang landai. Benar- benar seperti sebuah kampung tradisi yang sempurna.
Bukan pengunjung saja yang ada, selama kami di situ ada 6 pasangan pengantin jadikan kampung ini untuk merakam saat manis mereka.
Bagi yang hendak bermalam, ada homestay juga. Tempat yang sesuai untuk lari daripada kesibukan kota, atau mengembalikan nostalgia hidup di kampung.
Berada di sini seperti tidak mahu pulang. Desiran angin dan bunyi daun kelapa yang bergeser seperti mendodoi rasa, tak mungkin dilupakan.
Sedap mata memandang, nyaman mendamai jiwa.
3.30 petang kami sampai tak sedar hari sudah merangkak senja.
Puas hati walau entah berapa ribu langkah berjalan. Alam menyampaikan ingatan pada kebesaran dan keagungan Tuhan. Nikmat apa lagi nak didustakan.
Subhanallah.













Comments
Post a Comment
Send button