Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
KOTA DI HUJUNG KUALA
Kota Kuala Kedah (Siri 2)
"A people without the knowledge of their past history, origin and culture is like a tree without roots.” — Marcus Garvey
Pada 31 Ogos 1978, kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sebagai tapak bersejarah mengikut Akta Benda Purba 1976 di bawah Akta 165.
Kota Kuala Kedah ialah sebuah kota lama yang menjadi benteng pertahanan utama Negeri Kedah seawal tahun 1600. Jaraknya hanya 10 km dari Bandaraya Alor Setar.
Untuk ke sini , boleh menggunakan jalan bawah atau jalan pantai melalui Yan ,Gurun,Guar Chempedak, Kangkung atau melalui lebuh raya Utara -Selatan. Boleh saja ikut mana-mana susur keluar tol Alor Setar.
Kota ini terletak di muara Sungai Kedah, di utara tebing. Tembok sebelah barat menghadap ke arah Selat Melaka .
Manakala tembok Selatan pula menghadap sungai menghala ke Pekan Kuala Kedah.
Kawasan utara tembok menghadap paya dan bahagian timur tembok pula menghadap perkampungan nelayan dan sawah padi.
Tembok sebelah barat lautPintu utama menghadap sebelah timur Alor Melaka.
Gerbang British,asalnya ada pelantarSetiap penjuru kota ini ditempatkan meriam-meriam kecuali ditembok yang menghadap paya.
Dinding kota ini diperkuat dengan batu-bata yang lebih kukuh. Ada lubang untuk menempatkan senapang dan meriam.
Asalnya ada istana, bangunan pejabat, sekolah dan rumah guru. Kini cuma tinggal sebuah bangunan yang dijadikan muzium, rumah api, tembok kota, gerbang kacapuri dan gerbang British, dan meriam yang diletakkan di penjuru selatan kota.
Di tembok selatan yang menghadap laut, ada 7 meriam( 2 meriam besar) termasuk meriam katak puru dan badak berendam.Seronok sangat berada di dalam bangunan Muzium Kota Kuala Kedah. Bangunan ini dibina 1922 dan 6 Jun 1999 rasmi menjadi muzium.
Bangunan ini berbentuk t dengan 4 tangga/pintu, bertiang batu, bentuk dan corak ukiran rumah Melayu.
Selain padat maklumat, suasana di dalamnya sangat sejuk,nyaman dengan kemasan lantai warna kayu.
Tingkap berdaun lipat yang banyak, dan lebar begitu unik berfungsi membekalkan pengudaraan dan pencahayaan yang cukup.
Kami sangat tertarik dan teruja mencubanya apabila pak cik Latif menerangkan fungsi dan cara menggunakan tingkap tersebut. Itulah antara kearifan tempatan yang dapat dilihat di sini.
Sepagi di sini cukup mengujakan apalagi hanya kami berdua yang bertamu di situ. Kata Pak cik Latif, pengunjung sekitar 20- 50 orang sehari. Masuk percuma,tak kena bayaran pun.
Paling ramai ketika musim kenduri kahwin kerana jadi lokasi pilihan pengantin untuk rakam saat bahagia mereka.
Bagi yang akan ke jinjang pelamin, bolehlah masukkan lokasi ini dalam perancangan.
Sebelum balik singgah makan di kedai Tok Piah Gulai Temenung. Macam-macam menu masakan kampung yang sedap dengan harga murah.
Ada kerabu kaki ayam, pajeri nenas sayur keladi, masak lemak telur itik dan macam-macam lagi. Paling istimewa tentulah gulai ikan temenung. Tip top.
Kedainya betul-betul berhampiran simpang masuk setelah turun daripada Jambatan Tok Pasai sebelum sampai ke Kota Kuala Kedah. Sambil menyelam minum air 'kan!





























Comments
Post a Comment
Send button