Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
MONUMEN SEINDAH CINTA
TRAVELOG IPOH (Siri1)
"Love is not only something you feel, it is something you do."David Wilkerson.
Ya, cinta bukan setakat untuk dirasai tapi harus dibuktikan. Jika benar cinta, apakah tandanya?
Meski tak sehebat istana Taj Mahal dan tidak sepopular cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal atau seperti cinta Laila dan Majnun, Uda dan Dara tapi kisah di sebalik Istana Kellie atau Kellie Castle tak kurang menariknya.
Alhamdulillah, berbaloi kami bertiga bertolak pukul 3.00 pagi 29.10.2020
5.30 pagi singgah r&r Sungai Perak untuk solat subuh.
6.30 bergerak ke Batu Gajah. Sampai Kellie Castle . Sementara menunggu dibuka, 7.30 pagi kami sarapan roti canai dan nasi lemak.
Masuk 9.00 pagi tiket RM16.Hampir dua jam kami berada di kawsan itu sambil menghayati kecantikan seni bina dan persekitaran Kellie's Castle , Batu Gajah, Perak. Tak sangka begitu menawan .
Pemandangan dari jalan utamaSelama ini saya membayangkan istana Kellie hanya berbentuk tinggalan seperti A Famosa di Melaka.
Bahagian belakang bangunan
Tetapi apabila sampai di situ, rasa seperti berada dalam istana yang sudah siap. Teguh kukuh berdiri seteguh cinta kasih William Kellie Smith kepada isteri dan anak lelakinya.
Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith
Ruang di dalam tingkat satuBangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith berasal dari Scotland tiba ke Tanah Melayu 1890, ketika berusia 20 tahun. Pertemuannya dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi penerokaan 360 hektar hutan di Perak membawa keuntungan besar.
Kemudiannya Smith kembali ke Scotland untuk berkahwin dengan Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, Agnes melahirkan anak perempuan bernama Helen dan anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915.
Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith mulai merancang untuk membina istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Dari tingkat 1Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga cuba dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu namun tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Istana_Kellie
Lepas ni ke Tasik Cermin pula. Tunggu ya!





















Comments
Post a Comment
Send button