Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Negara Kota Yang Hilang
Kota Kuala Kedah (Siri 1)
Qalha, Kadaha, antara nama asal Kedah. Masyhur seantero dalam sejarah, negeri tertua di Tanah Melayu dan mungkin tamadun tertua di rantau ini.
...........
Berdiri di tepi tembok Kota Kuala Kedah kota yang dibina orang Melayu pagi ini, terasa sangat kerdil dan malu pada diri sendiri sebagai rakyat Kedah.
Muzium- dari pintu masuk hadapan- mula dibina 1922 ,kemudian dibaik pulih.Malu kerana sudah lebih separuh abad, saya hidup, membesar dan menjadi tua di negeri tercinta ini tapi baru kali pertama berjaya jejakkan kaki ke sini
Selalu saya hanya membaca sejarah Kedah, melihat dari jeti Kuala Kedah dan berazam untuk menyeberang jambatan Tok Pasai tapi tak pernah jadi kenyataan.
Hari ini tanpa dirancang, Allah gerakkan hati untuk singgah. Sebenarnya kami dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani dari Alor Setar. Alhamdulillah, rasa ingin terbang ke tahun 1600an.
Sengaja kami pilih jalan bawah untuk memandu santai menikmati pemandangan sawah padi menghijau.
Sebelum susur keluar simpang, terluah ayat untuk terus ke kuala memandangkan masih awal dan kami sepakat mencari laluan ke kota ini.
Pada masa itu teringat foto- foto rakaman lensa kamera sahabat penulis satu ketika dulu, Padin Majid yang cukup menarik di Muzium Kota Kuala Kedah.
Jadi bermulalah perjalanan kami ke masa lalu, zaman kegemilangan Kota Kuala Kedah.
Allahuakbar, semasa melalui jambatan Tok Pasai pun sudah sangat teruja. Subhanallah cantiknya panorama kampung nelayan di kiri kanan Sungai Kedah.
Hati melonjak- lonjak sebaik saja ternampak tembok kota di kiri jalan sehingga sampai ke tempat parkir. Selepas ikut SOP Covid di pejabat muzium, kami terpaku seketika. Hebatnya kota ini sehebat sejarahnya.
Dari pintu masuk kotaSebelum saya pos foto kami sepagi di sini, kita tinjau sejarahnya dulu ya. Sangat menarik.
Kota ini lebih hebat sejarahnya berbanding kisah Raja Bersiong yang cukup terkenal sehingga difilemkan 1963 dan 1968.
Kedah Tua dalam jajahan kerajaan Langkasuka bermula sangat awal, kurun ke-2 lagi. Tapak eskavasi Sungai Batu di Lembah Bhujang merupakan penemuan terbaru yang bakal mengubah fakta sejarah Kedah dan rantau ini.
Mengikut Datok Wan Samsudin, pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, tidak wujud Raja Bersiong dalam sejarah negeri Kedah. Ia hanya metos/dongeng yang terselit dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Sejarah Kota Kuala Muda:
Kedudukannya yang strategik di muara sungai terbesar di Kedah menjadikan Kota Kuala Muda pusat perdagangan interpot dan pusat pentadbiran kerajaan abad ke-17-19.
1.1602 Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang -kubu pertahanan Kota Setar semasa Sultan Sulaiman Shah II
2.1611 diserang Portugis dan dijadikan gudang kumpul hasil dagangan terutama bijih timah
3. 1619 Acheh berjaya usir Portugis dari Kedah
4.1771 Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) memerintahkan kota dibina semula dengan bawa masuk buruh dari India dan siap pada 1780 semasa Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1797)
- reka bentuknya sentuhan Datuk Maharaja Kadi( Hafiz Sab) dan pembinaannya di bawah Maulana Ibrahim Sab.
Kota Kuala Muda menggantikan fungsi pelabuhan Kuala Merbok dan Kuala Muda.
5. Antara 1720 -1771 berlaku tiga siri perang saudara dengan campur tangan Siak dan Bugis
6. 1786 perang dengan Inggeris kerana Inggeris mungkir janji sehingga berlaku perjanjian Damai Fort Cornwalis 1791.
7. 1812 Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II (1804-1845) berpindah ke istana di Kota Kuala Muda dan menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan Kedah.
8. 1821 Siam menyerang dan menakhluki Kedah hingga 1909. Sejak itu fungsi pelabuhan Kota Kuala Muda makin merosot.
9.15.7.1909 Kedah di bawah jajahan Inggeris sehingga 1941 hasil rundingan Perjanjian Inggeris-Siam. Kota Kuala Muda bertambah fungsi sebagai pusat pendidikan.
10.1941-1943 Kedah berada di bawah penguasaan Jepun
Kota Kuala Muda dijadikan tempat latihan tentera Jepun.
Sultan pada masa ini ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943)
Semasa baginda banyak perubahan dilakukan
1891-dibina rumah pelita atau rumah api yang ditanggung oleh Siam semasa Raja Chulalongkorn
Diwujudkan juga Jabatan Syahbandar dan Majlis Negeri
1905- sekolah pertama dibina iaitu Sekolah Melayu Kota Kuala Kedah.
1943 Jepun menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu bawah pentadbiran Siam dalam satu perjanjian
Selepas 1945, apabila Jepun menyerah kalah, negeri-negeri ini kembali bawah jajahan Inggeris sehingga merdeka dan pentadbiran kembali semula ke Kota Setar.
(Sumber- Muzium Kota Kuala Kedah, 12.12.2020)
Foto suasana dan bahan sejarah yang dipamerkan ( 6 segmen) di Muzium Kota Kuala Kedah.
























Comments
Post a Comment
Send button