Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

PILU YANG TERSIMPAN

 TRAVELOG PULAU JEREJAK

"Di suatu tempat di antara kaki gunung dan puncak ialah jawapan kepada misteri kita mendaki." Greg Child

Dekat tapi jauh. Begitu jarak emosi masyarakat di utara dengan Pulau Jerejak. Sejarah hitamnya menyebabkan ramai takut untuk ke sana. Apatah lagi disogokkan kisah- kisah misteri yang digembar- gemburkan.

         Pandangan dari jeti Batu Uban

5.45 pagi  berkumpul di rumah saya di Sungai Petani. Lepas subuh, 6.30 kami  bertolak. Bot 8.30 pagi RM22.00 seorang. Sampai di jeti, bergambar dulu sebelum naik bot.

Dalam 10 minit dah sampai. Tak sempat panas punggung.  Berbeza  benar  wajah Pulau Jerejak sekarang. Sungguh!

                   Warna pelangi 

Saya sendiri kali pertama ke Pulau Jerejak sekitar tahun 2000-an. Dan 25.9.2020 yang lalu kali kedua saya sampai ke pulau misteri yang menelan pilunya sendiri.

Sementara menunggu gerai-gerai menjual makanan di tepi pantai dibuka kami menghirup angin pulau dan berfoto. Kami bot pertama. Jadi orang belum ramai. Tak perlu tunggu giliran untuk bergambar.

Naik buggy untuk simpan barang di lobi
                     Tarikan di lobi

       Antara tarikan untuk bergambar

                        Merak


Perut dah lapar. 10.00 pagi baru dapat makan nasi lemak rm10.00.  Tunjuk tiket boat, dapat ais krim percuma sekali seorang. Di sini nak bayar apa-apa kena beli kad top up  minimum RM30.00. Jika ada baki boleh tuntut sebelum kita tinggalkan pulau.

               Tapak gerai yang banyak

Pukul 11.00 kami berlima naik pickup pusing pulau rm100.00 bersama 3 lagi rakan yang baru sampai. Peluang untuk mengenali sejarah pulau Jerejak dengan lebih rapat.

Sejarahnya bermula awal 1800- an lagi semasa British di Pulau Pinang. Pulau Jerejak dijadikan pusat tapisan pendatang, benteng pertahanan British selain petempatan untuk kuarantin pesakit kusta.

1969- revonation besar-besaran  setelah diambil alih oleh Penjara Malaysia.Banyak tahanan dan kes buang daerah ditempatkan di sini. 

1973 dipindahkan sepenuhnya dan terbiar sejak itu. Daripada 23 blok , kini yang tinggal cuma 3 blok untuk jadi bukti sejarah Pulau Jerejak.

Terdapat tanah perkuburan dipanggil Perkuburan Harmoni. untuk pesakit kusta,tahanan tanpa kira agama. Yang membezakan cuma bentuk dan jenis nesan.

Hati tersentuh mengenang nasib pesakit kusta yang 'dibuang' / dikuarantin di situ yang terputus terus dengan keluarga, dunia luar. Ditahan bukan kerana dosa tapi kerana penyakit kusta yang belum ada penawarnya pada masa itu.

Walau sekarang ramai dikuarantin kerana Covid 19 tapi tentulah jauh lebih beruntung; masih dapat berkomunikasi dengan keluarga menggunakan pelbagai aplikasi media sosial.

Bayangkan keadaan pesakit kusta tahun 1800- an yang terkurung menunggu mati. Tentu mengulum pilu terpisah buat selamanya.

Kami sedekahkan al fatihah untuk yang muslim. Bak kata Zaihan, pemandu pelancong kami, kasihan mereka yang terbuang di situ.

Lihatlah foto- foto ini dan biar foto ini berbicara.

                     Kubur Harmoni

           Di hadapan bekas bangunan                                         pentadbiran

Jeti lama

                    Bilik pengasingan
Tiga blok saja yang masih tinggal


Lepas round kawasan bersejarah check in lebih awal, dalam pukul 12 45.


Lepas zohor keluar bergambar sampai petang. Orang dah ramai. Ok. Jom tengok port menarik dan cantik untuk bergambar.









5.15 balik ke bilik.Sebelum maghrib keluar  lagi tapi tengok sunset sebab cuaca mendung dan hujan renyai. 8.30 keluar semula, makan dan posing,releks dan bersantai melihat panorama malam dengan lampu LED beraneka warna hingga 10.45 malam.






Esok pagi selepas sarapan , kami ambil angin di pantai sebelum naik bot pukul 11.00 untuk balik.
                         Cafetaria
                         Sempat lagi




 Baiklah, setakat ini rasa dah cukup banyak saya bercerita dan gambar bercerita tentang keistimewaan pulau Jerejak. 

Bagi yang takut- takut nak ke sini, moga catatan dan gambar di sini mampu mengubah persepsi anda.

Kita menumpang alam ini dengan makhluk Allah yang lain, bukan hanya di pulau ini. 

Niat yang baik, fikir yang baik, sentiasa mohon agar kita dilindungi-Nya di mana-mana saja kita berada, insya-Allah.

2 hari 1 malam yang cukup menenangkan dan menginsafkan dari sejarah pilu Pulau Jerejak.

Comments

Popular Posts