Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
PULAU JELAPANG PADI
GUNUNG KERIANG
"Those who find beauty in all of nature will find themselves at one with the secrets of life itself."
Wujudnya tunggal menjadikannya seolah-olah pulau daratan yang dikelilingi lautan sawah padi.
Gunung Keriang ini setinggi 217.92 meter . Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.
Gunung Keriang terletak paling ke selatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk Gunung Keriang.
Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.
*sumber Wikipedia
Letaknya tidak jauh dari bandar Alor Setar (8km) Selain dikelilingi sawah padi, parit dan ban, lokasinya berdekatan Muzium Padi, Pusat Sains, Kompleks Akuatik dan Keriang Hill Resort dalam suasana penginapan ala kampung.
Gunung Keriang menawarkan aktiviti rekreasi seperti 'jogging' dan 'hiking' serta jualan batu kristal yang dilombong di gunung ini.
Ada banyak gerai menjual batu kristal dan gerai makanan di dalam perjalanan ke Gunung Keriang.
Tali air di sekelilingnya pula jadi tarikan kepada kaki pancing dan peminat ikan keli ,haruan dan sepat.
Ramai juga yang memancing memandangkan musim padi membesar ni air banyak.
Selain itu, gunung ini dan persekitarannya yang damai tenang turut menjadi lokasi fotografi pengantin.
Pesawah pulang daripada meracunSebenarnya, ada empat wajah kawasan sawah dan setiap satunya punya tarikan tersendiri.
Ketika sawah dipenuhi air dan disiapkan untuk menanam padi, ia bak lautan.
Sewaktu padi membesar,hijau bagai hamparan baldu.
Wajah ketika padi masak, saujana menguning emas.
Selepas itu, sawah kering sebaik saja padi dituai. Sawah yang dipenuhi jerami serta gulungan jerami pula menarik pengunjung seperti dalam drama Little House On the Prairie.
Sebab itulah setiap kali saya lalu di kawasan ini, tak kira apa musim sekalipun saya pasti akan berhenti sekejap untuk menikmati indahnya selain merakam gambar.
Rasa tenang dan damai yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika dapat melihat simbahan cahaya matahari ketika naik dan terbenam dari sini.
Tapi hari ini awan besar terlalu banyak di kaki langit menutup wajah matahari senja. Jadi tak dapatlah melihat serakan warna lembayung sepenuhnya.
Apa-apapun,kelebihan semula jadi dan kemudahan yang ada patut dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengangkat kawasan ini sebagai kawasan pelancong dengan melestarikan alam.































Comments
Post a Comment
Send button