Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
DI PUNCAK IMPIAN
"We live in a wonderful world that is full of beauty, charm and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.” – Jawaharial Nehru
Untuk melihat kebenaran kata-kata Nehru ini, kita harus kembara. Bukan itu saja, malah kita digalakkan mengembara untuk melihat alam dengan mata hati bagi mengukuh keyakinan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan.
Kali ini jom kita ke Gunung Jerai. Dari kecil sampai sekarang, saya membesar dan menjadi tua di hadapannya. Kalau dah ke Kedah carilah peluang ke Gunung Jerai
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang bersempadan Kuala Muda dan Gurun.Tingginya dalam 1,207 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di Kedah. Dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang. Ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia.
Malah gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar/kapal lalu lalang dalam Laut Kedah dan Selat Melaka(pusat berdagang) sejauh 100km. Jarak penglihatan pemerhati pula bergantung kepada keadaan cuaca.
Sebut tentang Gunung Jerai, ramai akan kaitkannya dengan pelbagai cerita misteri.
Ada yang percaya, ada yang tidak. Jadi terpulang. Yang saya tahu, banyak dah bercampur dengan karut dan kurafat.
Contoh perbuatan duduk bertapa di kawasan Padang Tok Sheikh untuk 'tarik duit' dan seumpamanya.
Sejarah Telaga Tok Sheikh
Sheikh Abdullah Al Qumairi merupakan seorang ulama yang berasal dari Yemen berjaya mengislamkan Raja Kedah ke-9 iaitu Maharaja Derbar Raja. Baginda kemudian menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah dan menamakan negeri Kalaha kepada Kedah.
Kejayaan dakwah Sheikh Abdullah juga terbukti apabila pembesar istana juga turut menerima ajaran Islam. Sheikh Abdullah yang menjadi penasihat baginda kemudian mencadangkan kepada sultan agar membuat menara di puncak Gunung Jerai bagi melaksanakan azan dan juga satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda serta nama negeri Kedah.
Cadangan itu diperkenankan baginda dan pekerja bersama berkumpul di puncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara tersebut di bawah penjagaan Sheikh Abdullah.
Telaga Tok Sheikh itu wujud apabila beliau memerlukan air untuk kerja pembinaan menara dan juga keperluan pekerja.
Sejak itu, air dari dalam tanah tidak pernah kering sampai ke hari ini. Namun, apabila menara yang hendak dibina itu hampir siap, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Ketika akhir nafasnya, Sheikh Abdullah mewasiatkan supaya beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut. Wasiat itu telah dilaksanakan dengan baik oleh Sultan dan para menterinya.
Disebabkan itu, sehingga hari ini tanah rata di Puncak Gunung Jerai dipanggil dengan panggilan Padang Tok Sheikh sempena mengambil nama syeikh tersebut.
Sumber ( Berita Harian)
Ada juga yang bersusah payah ke Air Terjun Puteri untuk buang sial, mandi bunga, minta hajat dan lain-lain lagi yang salah.
.............
Masa saya di sekolah menengah dulu, meja saja di tepi tingkap. Dari tingkap cermin nako, puncak gunung Jerai dapat dilihat dengan jelas. Saya selalu melukis pemandangan itu kalau bosan belajar hingga pernah ditegur guru.
Tapi hairan, tak pernah ada keinginan untuk ke Gunung Jerai pada masa itu. Kerana waktu itu impian dan cita-cita cuma satu; ingin belajar rajin-rajin dan keluar daripada kemiskinan.
Jadi keinginan, impian yang tak perlu tak pernah singgah di hati. Tapi tak kisahlah kerana alhamdulillah, puncak Jerai menjadi sumber inspirasi untuk saya mendaki puncak impian sendiri.
15.9.2020 untuk kali yang ke berapa entah, saya ke Gunung Jerai lagi tapi kali ini sahabat sekembara,Irina Centuri yang memandu.
Walau jalan dah lebar dan elok tapi tetap perlu berhati-hati kerana ada lebih sembilan selekoh V yang tajam.
3.30 petang check in The Regency Jerai Inn Resort bilik 125,Sarina bilik 124, ekskutif 3 RM338 semalam.
Jadi kalau ke Gunung Jerai eloklah bermalam kerana panorama matahari terbenamnya, subhanallah, indah sangat.
Selain cuacanya yang nyaman ,dapat dilhat kabus waktu pagi ,rasa macam berasa di luar negara. Esoknya,sesudah subuh turun ronda view pagi, segar nyaman.
























































Comments
Post a Comment
Send button