Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

TO HAVEN WITH YOU

 TRAVELOG IPOH ( Siri 4)

"There is an unspoken bond you create with the friends you travel with.” – Kristen Sarah

Travel dengan  kawan-kawan dan mencipta kenangan bersama-sama sepanjang perjalanan sememangnya melahirkan ikatan hati yang begitu istimewa.

Ikatan ini yang tak boleh dibeli dan dicari di mana- mana.

Untuk trip ke Ipoh ni, kami tak fikir lama-lama pun untuk pergi. Alhamdulillah sempat alami percutian sebelum PKPB 9.11.2020.

Bagi saya yang kaki berjalan ni, pantang ada peluang, pasti direbut. Kalau lama sikit tak berjalan-jalan, gatal kaki,gedik-gedik rasa jari - jemari . Termimpi-mimpi. Pengalaman kembara lalu menarik minda mencari ruang dan peluang.

Zapp, sebaik saja ada peluang terus sambar. Alhamdulillah,semua berjalan lancar.

Jaga jarak, jaga SOP. Kita jaga kita. Peringatan sebelum memulakan perjalanan. Jadi segala kelengkapan SOP pandemik COVID- 19 dibawa bersama.

Itenerari 

29.10.2020 

*3.00 pagi bertolak dari Sg.Petani

* Kellie Castle

* Tasik Cermin

* Check in The Haven All Suites Resort

30.10.2020

* lepas sarapan pergi bandar Ipoh

* mandi kolam

31.10.2020

*singgah Kuala Kangsar atau Gunung Lang

* balik

Hari pertama 29.11.2020 selepas selesai Kellie Castle dan Tasik Cermin kami singgah makan tengah hari nasi, masak lemak pucuk ubi dan asam pedas Taman Tersusun Fasa 5, Jalan Delima 3, Tambun. 

Main redah saja makan di sini sebab mudah lokasinya di tepi jalan. Nak makan pula masakan kampung. Alhamdulillah boleh pergi lagi,sedap sangat.

Check in pukul 3.00 di The Haven All Suites Resort, Ipoh, Perak. Fulamak, duduk sini perasan sekejap macam orang ' have have' kata orang sekarang.

Hihiii , sesekali dapat rasa duduk hotel 5*. Harga biasa pernight 1350.00. Promosi RM1218.00  untuk dua malam. Kongsi 3 orang, cukup berbaloi. Kalau harga biasa,memang tak merasa lah. Musim PKP COVID 19 banyak hotel buat tawaran gila-gila.


Viewnya fuh, menghadap bukit dan tasik,tingkat 16. Terpukau sungguh dengan keselesaan dan keindahannya. 

Bilik utama pula luas  menghadap view yang menawan. Dapur serba lengkap. Simple tapi mewah.

Lepas solat dan rehat, apa lagi  5.15 turun ronda The Haven Limestone Park. Yang suka alam mesti rasa bahagia dapat lihat flora dan fauna di habitat semulajadi yang terpelihara.

6.15 pergi makan di Food Project Cafe 5 km saja dari hotel ; western food. Wah, siapa yang suka masakan barat, disyorkanlah tempat ni, macam book cafe.

     Pemandangan malam dari balkoni
     Sarapan pagi hari kedua,30.10.2020

Hari kedua sebaik saja pulang daripada bandar Ipoh, lepas asar, 5.40 turun mandi kolam. Tak boleh tunggu dah. Airnya yang membiru nampak dari balkoni hotel memanggil- manggil sejak kami tiba.

Orang tak ramai, tak sampai 10 orang pun di kolam yang sangat luas.Puas hati dapat berenang kolam. Lama tak berkubang.

Istimewanya kolam ini, dari depan,nampak bercantum dengan tasik  di belakangnya. Sebab tu dipanggil Transparent Infinity Pool. Ada optical illusion tu yang paling best.

7.10 malam naik ke bilik. Lepas main air  laparlah pulak. Tadi ingat tak nak makan malam dah. Apabila semua lapar, order room service sajalah.. Nah haih dia balun. Apo nak buat, lapar punya pasal.

*Haven Seasoned Barbeque Chicken Rice dan Haven Chicken Rice harga sama, termasuk service charge RM46.00 sekepala.

Letih campur kenyang,tidur nyenyaklah malam tu.

31.10.2020 Mengakhiri  Oktober di sini 5.00 pagi bangun. Semangat nak berenang lagi. 7.05 turun ke pool, renang pagi, posing, dalam 40 minit,hujan. Jadi, bye bye.


                          Ilusi optik

Salin baju terus breakfast. Releks nikmati sarapan sampai 9.30 pagi. Sarapan juga sedap dan banyak pilihan. Makan siap-siap  cover tengah hari sekali. 😄

Naik, ke bilik, rehat,berkemas. 12.00 check out. 

Solat di hentian r&r Gunung Semanggol. Tak jadi singgah Kuala Kangsar, 3.30 kami ke Kampung Agong,Penaga. 

Kesimpulannya, The Haven sangat sesuai untuk berehat, menenangkan fikiran, cari ilham dan beriadah juga. Ada track untuk jogging , kolam renang, dan gimnasium yang lengkap. Servis memang tip top.

Parkir bertingkat pun ada bagi tiga bloknya Blok A, B dan C.

Ada rezeki,nak mai lagi. Insya-Allah.

Ok , jumpa lagi untuk percutian di Kampung Agong. Menarik tau! Bahagia sangat trip to Haven with you; Kak Nur dan Sarina.❤

Comments

Popular Posts