"Love is not only something you feel, it is something you do."- David Wilkerson
SEPACHENDERA- KELARAI CINTA DI PINGGIR REBAH
Hebatnya cinta. Dalam sejarah
manusia, pelbagai cara dibuat untuk buktikan cinta sehingga ada monumen yang
menjadi warisan dunia. Lihat saja Taj Mahal.
Bagi kaki travel, musim PKP COVID 19 menggeletek kaki. Tak senang duduk. Setelah tak boleh ke luar negara, destinasi dalam negara dicari- cari. Kebenaran rentas daerah bagai hadiah istimewa. Namun SOP tetap dijaga.
Minggu lepas 7.3.21, pertama kali
saya menjejakkan kaki ke Istana Sepachendera. Terpegun seketika. Mata saya
pantas merakam persekitarannya.
Sayang, bangunan yang begitu indah terbiar
menanti rebah. Ketika kami sampai ada sesorang yang mencurigakan, kelihatan
mencari-cari sesuatu di balik timbunan batu - bata. Setelah kami hampiri istana
dia menghilang.
Lama saya berdiri di hadapan bangunan ini. Hati saya
berbicara,' A Famosa yang tinggal sekeping itu saja pun dijaga dengan baik dan
jadi tarikan pelancong sedunia, mengapa tidak istana ini?'
 |
Tangga kiri
|
 |
| Sisi kanan |
Kami meninjau dari
luar kemudian masuk ke bahagian dalam hingga ke belakang. Malangnya tingkat atas
tidak boleh dinaiki kerana lantai dan bumbungnya sudah reput dan sebahagian
besarnya sudah tiada.
Yang ada hanya sisa kayu yang dilonggokkan setempat. Tahun
lepas saya ke Istana Kelie di Perak. Jauh berbeza cara ia dijaga.
Sebagai anak
Kedah yang menjadi lubuk sejarah ketamadunan bangsa di negara ini, saya rasa
agak kecewa melihat uzur dan usangnya bangunan istana Sepachendera yang pada
saya sangat menarik dan cantik.
Istana Sepachendera yang terletak di Jalan
Kampung Baru, dikhabarkan dibina Sultan Kedah ke-25 iaitu Sultan Abdul Hamid
Halim Shah khusus untuk isterinya Che Sepachendera, yang dikatakan berasal dari
Siam pada 1882.
Binaan bangunan tiga tingkat ini gabungan reka bentuk Siam dan
Melayu. Setiap reka bentuk serta struktur dalamannya mempunyai fungsi yang
berbeza.
Setelah Che Sepachendera ni meninggal dunia pada tahun 1909, istana itu
terbiar sehingga tahun 1922.
Dengan inisiatif Tunku Ibrahim istana itu
dijadikan Sekolah Perempuan Kampung Baru iaitu sekolah Inggeris khas untuk
perempuan sehingga 1954 sebelum berpindah ke Jalan Langgar Kedah serta dinamakan
sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma.
Selepas perang, ia dijadikan sekolah
semula. Pada tahun 2000, Istana tersebut dijadikan surau untuk pelajar Kolej Insaniah.
Selepas tu, Istana tersebut terbiar usang hingga sekarang. Saya benar-
benar berharap ada pihak mengambil usaha memulihara bangunan ini sebelum
terlambat dan Kedah kehilangan khazanah yang tidak ternilai.
Hati saya
rasa berat dan sayu kala ingin meninggalkan tempat ini. Saya berlalu dengan
harapan kerajaan Kedah akan bertindak segera.
 |
| Tangga aras 1 |
Kedah kaya khazanah sejarah namun
soal pemuliharaan dan promosi harus diberi perhatian serius.
 |
| Aras 1 |
 |
| Dari depan |
 |
| Tangga kiri |
 |
Dari aras 1
|
Comments
Post a Comment
Send button