Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

DI BAWAH GEMERLAP CAHAYA

"Traveling allows you to become so many different versions of yourself” – Unknown
Taman Tasik Taiping- singgah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa dirancang 

Trip 6 hari 5 malam pada 15 Disember hingga 20 Disember 2021 merupakan antara memori indah yang dapat dirakamkan. Saya pecahkan trip ini kepada 4 atau 5 episod.  Untuk episod ini saya hanya akan fokus kembara di Kuala Lumpur- Di bawah Gemerlap Cahaya. 

Sebenarnya kami merancang untuk ke Turki pada 11- 20 Disember setelah menukar destinasi dari Itali. Semua sudah dibeli termasuk tempahan hotel. Namun perancangan manusia tak mampu mengatasi perancangan Allah.

Sekali lagi kami tangguh perjalanan ke Turki atas sebab omicron setelah Qatar Airline benarkan penangguhan. 

Memang agak kecewa kerana tiket  sudah dibeli pada 2020 untuk ke Itali tetapi ditangguhkan kerana Covid 19. Namun rasa kecewa itu terubat apabila memujuk diri bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Jadi kami ikut plan B. Jika tidak ke Turki, pergi ke mana- mana dalam Malaysia pada tarikh yang sama. Alhamdulillah 11 - 12 Disember kami ke Pangkor Laut Resort ( saya, suami, kak Nur dan Sarina)

15.12.21 saya dan Sarina mulakan trip 6h 5m. Tanpa perancangan rapi sebenarnya. Kami hanya tempah penginapan 2 malam di Tropicana Residence dan untuk  lagi 3 malam kami tempah semasa di KL saja.

Tapi itulah, Allah maha baik. Diberi keselamatan dan pengalaman indah menikmati kembara di negara sendiri.

Oleh sebab kami bertolak seawal 8.00 pagi, kami buat keputusan untuk singgah berhenti makan di Taiping. Memandangkan kedai makan belum dibuka, kami singgah menikmati pemandangan di Taman Tasik Taiping sehingga tengah hari.

Inilah gambar yang sempat dirakamkan.
Tasik yang cantik. Pohon rendang yang menaungi ikan- ikan berenang riang di tasik menerbitkan aura damai dan nyaman
Kalau lalu Taiping rugi tak singgah sini
Morning walk dalam suasana redup nyaman, udara segar dan latar kehijauan bagai hamparan baldu.

Selepas makan kami terus ke KL . Susah juga nak cari jalan masuk ke bangunan Tropicana ni. Nampak bangunan tapi tak jumpa jalan. Dus tiga kali pusing juga.

Alhamdulillah, 'travel buddy' saya ni cekap. Kalau harap saya, memang tak masuk KL la. Kehidupan serba moden dan canggih di KL menjadikan saya bagai rusa masuk kampung. 'Peqhak', kata orang Kedah. 

Lagi pun saya lebih suka travel tadabur alam daripada ke bandar besar dan membeli- belah. Rasanya lebih 10 tahun saya tak masuk ke perut kotaraya ni untuk jalan- jalan.

Kami check in pukul 3.00 petang di tingkat 29 dan parkir kereta di tingkat 7. Bilik kami tu cantik tapi huhu..oleh sebab tinggi sangat ciri keselamatannya, setiap kali nak buka pintu kena call owner. Walau diberi password tetap bermasalah. Letih. 

Ruang bilik yang selesa dengan view menarik

Kami hanya rehat di bilik . Hajat hati nak mandi kolam di tingkat 59 terbantut kerana kolam under maintainance dan ditutup.

Untuk puaskan hati, kami rehat sambil bergambar menikmati panorama senja. 
 KLCC dari tingkat 59
Di tepi kolam- dapat tengok saja, tak boleh turun berendam
Balkoni bertaman di tingkat 59
          Ruang bersantai di tepi kolam

KLCC pada siang hari- indahkah tanpa suluh mentari?
Neon bergemerlapan memberi wajah berbeza kepada menara berkembar ini pada malam hari.



"The darkness declares the glory of light."-T.S.Eliot.

Beza betul wajah siang dengan malam Kuala Lumpur. Saya lebih terpesona dengan panorama malam yang disimbahi neon.

Tanpa cahaya yang ada hanya kegelapan. Siang berseri, ketika mentari menyinari. Kemudian hadir malam bersama kegelapan. Saat ini mata tidak mampu berfungsi tanpa cahaya walau sedikit. Dan cahaya yang utama ialah cahaya di hati.

Seperti hari yang ada sisi gelapnya, begitu juga diri kita manusia yang serba kekurangan. Yang penting ialah sisi mana yang kita pilih untuk teruskan kehidupan.

Bangunan seindah mana sekalipun tak akan terlihat indah tanpa suluh mentari dan neon yang menerangi ketika kelam menyelubungi.

Menara KL dari tingkap bilik Tropicana Residences
Jalan- jalan ke Lintasan Saloma
Dari lintasan Saloma- indahnya Kuala Lumpur

Ketakutan juga dilihat sebagai sisi gelap dalam hidup. Jika kita berjaya mengatasinya, cahaya akan menghampiri.

16 Disember, 7.30 pagi kami berjalan kaki ke Kampung Bharu melalui Lintasan Saloma untuk sarapan di Nasi Lemak Wan Jo.
Pelbagai perkara berlegar dalam fikiran ketika melihat sisi lain wajah KL di sini. 
Beza langit dengan bumi

9.00 pagi berpatah balik, ke KLCC,  jalan- jalan sambil tunggu buka pukul 10.00 window shopping. 

Lepas tu naik bas GoKL  pergi Pavillion 11.40 pagi. Ramai betul sempena persiapan Krismas.

Huhuu..nak beli pun takut. Barang berjenama belaka.

"Di sini,  cari Bata tak jumpa". Hehe jangan dok buat malu. Itulah jenama yang says kenal sejak remaja.

Dari situ naik bas ke Pasar Seni. Dari Pasar Seni jalan kaki sampai Masjid Jamek,  singgah Muzium Tekstil, Dataran Merdeka.

Rasa nak tercabut kepala lutut dah..! Solat jamak di sini. Hujan renyai- renyai.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah
Paras air pada 16.12 sebelum banjir 18.12.
Mural
6.00 petang  naik LRT dari Masjid Jamek  ke KlCC 3.80 sen. Hujan makin lebat. Batal niat nak tunggu hingga malam.

Singgah makan di KLCC, beli bekalan makanan dan 8.30 ke Lintasan Saloma semula sebelum naik ke bilik.
Tidur nyenyak wei.  Jalan kaki jauh sungguh. Penat.

17.12 bertolak ke Kuala Selangor

10.45 pagi. 

Selamat tinggal Kuala Lumpur. Entah bila aku dapat ke sini lagi di bawah gemerlap cahaya di dadamu.



 


Comments

Popular Posts