"The real test of good manners is to be able to put up with bad manners pleasantly." -Khalil Gibran
Dalam banyak situasi, tak ramai orang boleh sabar dan kekal beradab apabila berdepan dengan orang yang kurang sopan, bercakap bahasa kesat dan menunjukkan tingkah laku baran.
Saya kagum melihat seorang pekerja wanita keturunan Cina di kaunter lobi Pangkor Laut Resort yang kelihatan masih muda tapi tenang dan sabar berhadapan situasi tegang seperti ini.
Kami yang duduk berhampiran pun rasa terganggu dengan suara dan bahasa pelanggan berkenaan ketika ada sedikit salah faham semasa menyelesaikan bayaran untuk 'check out'.
"Harap tak gaduh la kat sini. "
Dalam apa-apa situasi pun sebenarnya, sama ada kita benar atau salah, adab harus diutama. Kita ada pilihan untuk selesaikan dengan cara baik.
'Bahasa menentukan bangsa' memang benar. Daripada bahasa kita orang boleh mengenal siapa kita.
Selama 2 hari 1 malam di pulau Pangkor Laut, mulai dari parkir kereta di Marina Island Jetty hinggalah kami balik, layanan yang diberikan sangat memuaskan.
Suka saya melihat pekerja resort lelaki dan perempuan berbaju kurung putih gading digandingkan dengan kain corak ala songket penuh sopan walaupun majoritinya bukan Melayu.
Sentiasa tersenyum, bertutur dengan sopan, tundukkan kepala dan tangan ditekap ke dada tanda salam dan hormat. Alangkah indahnya jika amalan baik ini dibudayakan di semua peringkat oleh semua masyarakat.
Mungkin orang kata, memanglah layanan tip top sebab resort 5 bintang.
Ya mungkin betul tetapi yang terdetik di hati saya,' mengapa tidak amalan berbudi bahasa dan beradab sopan tidak dijadikan budaya di semua peringkat dan kepada semua orang?'
Bukankah budi bahasa itu budaya kita dan itulah yang dianjurkan oleh agama kita? Pada saya semua orang layak dan sepatutnya memberi dan menerima layanan baik di mana- mana saja
Diberi penerangan ringkas
Dari Marina Island Jetty
Check in di pejabat PLT di Marina Island Jetty
Menunggu urusan selesai
2 hari 1 malam yang mengesankan-
1. Alam semula jadi PLR dijaga dengan baik, pantainya bersih berpasir halus, lautnya jernih hijau zamrud. Flora dan fauna terpelihara dan hidup bebas.
Subhanallah sepanjang naik bot hingga pulang, tak henti- henti hati memuji kebesaran-Nya dan alam ciptaan-Nya untuk kita, anugerah tak ternilai.
Nampak burung enggang?
Berhampiran Sea Villa
Laluan ke Spa Villa
Emerald Bay.
Nak mandi, kita boleh hiking atau jalan kaki atau naik shuttle yang disediakan untuk ke Emerald Bay.
Mandi di situ sangat menyenangkan kerana tidak ramai orang. Hanya yang menginap di PLR yang boleh ke situ
Burung enggang ni besar sangat. Terkejut tengok. Apabila dia kepakkan sayap masa terbang,bunyi macam kipas helikopter😁
Sea Villa
Garden Villa
Laluan untuk ke Emerald Bay lebih kurang 500 meter membelah bukit.
Di belakang Restoran Uncle Lim
Pintu masuk dari jeti
Laluan dari jeti
2. Konsep moden berciri budaya tempatan dari segi binaan, susun atur dan landskap cukup menawan. Muzik instrumental yang dipasang sesuai dengan konsep.
Lobi di PLR
Garden Villa
Tepi kolam mandi
Laluan ke villa
Cantik laluan ini, tinggi dan terbuka
Gimnasium
Ruang makan tengah hari
Restauran Uncle Lim
Saya tertarik betul dengan hiasan laman guri atau tempatan berlampu dengan bekas lutsinar dihias bunga kemboja yang gugur. Cantik, simple dan menjimatkan.
Hiasan laman
Boleh balik buat di rumah lepas ni. Letak pewangi sikit. Cun!
Boleh diterapkan dalam kehidupan kita. Banyak sumber di sekeliling kita yang boleh diguna tanpa perlu dibeli namun tetap nampak ' mahal' dan cantik.
Lebih berseri pada waktu malam dengan cahaya lampu di bawahnya.
3. Cara mengambil pesanan makanan juga mudah dan teratur. Di atas setiap meja 'kayu nipis' macam kayu ais krim yang ada nombor meja diletakkan dalam bekas. Bagi kebanyakan makanan yang disediakan , kita hanya perlu bawa nombor tersebut ke mana-mana dapur/kiosk yang kita mahu dan tinggalkan nombor itu.
Ini sangat memudahkan. Kita tak perlu beratur dan berdiri lama- lama. Kembali dan duduk di meja kita. Tak lama makanan yang dipesan akan sampai.
Makanan pun tidak nembazir kerana portionnya kecil
Sedih tengok kalau buffet, banyak sisa makanan di dalam pinggan.
Hal itu tidak berlaku di sini.
Buah- buahan dan salad boleh ambil sendiri.
Memang PLR ini sangat sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Garden Villa
Tengoklah airnya
Sea Villa. Sementara tunggu masa check in bilik, kami pusing- pusing dulu.
Pondok rehat
Sea Villa- RM1880 ke atas satu malam
Tengok ja la
Segalanya cantik terutama alam semula jadinya.
Cuma di sini, harganya mahal. Harga villa bermula dengan RM1300 untuk 2 orang. Ada 4 jenis villa iaitu Sea Villa, Beach Villa, Garden Villa dan Hill Villa. Ada juga Spa Villa tapi buat masa sekarang ditutup.
Spa Villa
Kita juga perlu banyak berjalan kaki. Setakat saya lihat, kurang kemudahan untuk orang tua. Mungkin PLR boleh tambah baik hal ini.
Kemudahan lengkap dengan gimnasium, sport area,kolam renang, klinik, jeti dan lain- lain
Malam malam
Kemudahan riadah
Cuba kali pertama
View kolam menghadap sea villa
Lepas mandi. Tak berani sangat sebab dalam; 1.45 hingga 1.75 meter
Walau mahal sesekali nak merasa, apa salahnya untuk 'reward' diri sendiri.
Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri.
Kenangan manis 12- 13 Disember 2021 banyak mengajar saya tentang adab dan kesannya pada hati dalam interaksi dan komunikasi.
"Beauty opens your eyes, intelligence opens your mind but good manners will open your heart."- Ust. Abdulbary Yahya
Balik dari sini, makan maggie untuk menabung, boleh jalan- jalan lagi. 😄
Comments
Post a Comment
Send button