Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

JALAN- JALAN TAMBAH KILO

 6 Hari 5 Malam Episod 3

" l realized very early the power of food to evoke memory, to bring people together, to transport you to other places, and I wanted to be a part of that."- Jose Andreas

Makan. Ada yang tak suka makan? Hmm.., saya ni kalau jumpa makanan, diet pun lupa. Bolehlah kan, sementara bercuti, lupakan sekejap soal diet.

Seronok eksplore bab makanan ni sama ada pergi kembara di dalam negara atau di luar negara. Melaluinya dapat belajar budaya masyarakat selain boleh hilangkan stres juga. 

Ada orang cakap, " Eh, tak takut sakit perut ka? Semua makan, tolak kayu dengan batu ja!"

Hehee, saya sengih ja la. Kadang- kadang jawab cara bergurau," Perut antarabangsa, semua boleh masuk. Yang penting halalan toyyiba."

Alhamdulillah, setakat hari ni, ok ja bab makan ni. Cuma apabila umur makin meningkat, bab makan ni kena beri perhatian juga untuk kesihatan.

Dalam episod kembara 6h 5m 15- 20.12.2021 kali ni jom kita nikmati beberapa menu sedap. 

Hari pertama, dalam perjalanan kami cari Rumah Makan Nasi Talam, Taiping selepas penat pusing Taman Tasik Taiping.

Lokasi tak jauh daripada tol Changkat Jering. Berbaloi makan masakan kampung.
Nama pun nasi talam, nak makan kena order setalam. Setalam untuk 4 hingga 5 orang makan sedangkan kami berdua saja. Sampai tapau la, tak larat nak habiskan.
Menu dalam satu talam ada yang tepat, ada yang boleh pilih. Jadi kami pilih ikan bawal sweet sour, masak lemak ketam. Dalam talam tu ada sambal belacan dan ulam, ikan masin goreng, kerabu taugeh dan ayam goreng. Rasa memang sedap.

Harga setalam tu RM69.90. Baki makanan jadi makan malam di penginapan di KL.  Memang sengkak la perut.

Esoknya pukul 7.00 pagi sambil lihat panorama pagi di KL kami melalui pintasan Saloma ke Kampung Baru cari Nasi Lemak Wan Jo.
Yang kami makan RM37.00. Harga KL.
Banyak pilihan lauk
Pemandangan depan. Lokasi
8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Selesai sarapan, pusing KL , makan tengah hari di Pavillion dan makan malam di Suria KLCC. 
Makan malam, beli dan makan di bilik saja
Makan tengah hari . Ralit tengok cara depa masak.
Letih ronda dari 7.00 pagi hingga 9.00 malam. Balik mandi, solat, makan dan tidur. Nyenyak sampai ke pagi.

Esoknya bertolak ke Kuala Selangor. 2.30 petang singgah makan di Restoran Rabitah. Lapar sampai lupa ambil gambar tapi memang sedap dan banyak pilihan makanan ala kampung.

Lepas check in kami bertolak ke Bukit Melawati dan ke Pantai Remis, Jeram. Kemudian singgah makan di Restoran Kerang Bakar Pantai Remis. 
Kerang dan sotong bakar, 
Keropok lekor rm4 sementara tunggu lauk pauk sampai. Minum teh o ais limau.

Lala masak cili pedas- pedas manis ni memang sangat sedap.
Menu kegemaran sotong celup tepung rm10, rangup betul.

Jumlah 85 +10+5= RM 100.00. Tak habis, tapau. 

7. 05 balik ke Taman Sirambai jarak dalam 20km dari Pantai Remis. 
Dari Taman Sirambai, esoknya kami ke Tanjung Karang. Singgah Faridah Mentarang Bakar untuk makan tengah hari. Skip sarapan untuk makan makanan laut di restoran yang tular ni.
Order
1 mentarang bakar
2.kepah tumis cili padi
3. Masak lemak pepahat
4.ikan tilapia bakar 
5.air limau asam boi 2

Jumlah RM76.00 berbaloi. Semua segar. Terasa manis asli isi ikan dan siput. Pandai mereka masak. Hari meratah lauk lagi. 
Siput pepahat masak lemak cili api ni tak pedas sangat, terasa lemak manisnya.
Kepah goreng bercili padi ni pun sedap. Kali pertama makan.
Mentarang bakar dengan pencicah. Masakan popular di sebelah sini. Sepanjang jalan, ada banyak restoran yang masak menu ini.
Ikan tilapia bakar, isi putih,manis segar

Hujan- hujan ni perut asyik lapar saja. Tambahan pula makanan di sini masakannya memang terbaiklah. Tak panggung kepala dah.

2.45 petang kami sampai di  D'sawah homestay. Jenuh juga mencari Kampung Blok EQSW. 
Beli kerepek hasil komuniti penduduk

Di sini saya makan tapai pulut. Rezeki, tok ketua belanja.





Pagi esok, sesudah subuh kami jalan kaki untuk menikmati suasana pagi yang damai, nyaman sambil cari sarapan.
Nasi lemak dan kopi panas, mengimbau nostalgia.  Dua orang makan RM16.00. 

19.12.2021 kami bergerak melalui jalan dalam/ tali air. Singgah D'Rasa Jerami Ban Kenal. 
Lepas check in  Izzhomestay, Jalan lintang 1 Kg Parit 11/12 Gambut Sg. Besar kami ke Ladang Tebu Aidil. Berbeza suasana makan di celah deretan pokok tebu. 
Banyak kiosk makanan tersedia. Pilih saja mana suka - laksa,ayam bakar, nasi berlauk, air tebu, mi kuah



Sebelum balik homestay pekena aiskrim kelapa. Fuh, mengancam!


20.12.2021 awal pagi kami mulakan perjalanan pulang, ikut LATAR, singgah Teluk Intan. Perut berkeroncong sebab belum sarapan. 

Lepas jelajah Menara Condong singgah makan di gerai berhampiran. Nasi putih,masak lemak cili api pucuk ubi dan ikan kembung goreng tak terakam sebab lapar.

Tamatlah jalan- jalan tambah kilo 6h5m. Sampai hari ini tak berani naik penimbang. Tunggu hujung Januari 2022 lah.( pujuk hati)

Moga bermanfaat untuk kaki makan.







Comments

Popular Posts