Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

KHAZANAH YANG TERSIMPAN

"A people without the knowledge of their past history, origin and culture is like a tree without roots.” – Marcus Garvey

Siapa kita hari ini bermula dengan siapa kita semalam. Mengenal dan memahami masa lalu membantu kita mengenal akar diri dan menghadapi masa depan yang lebih baik.

Akar diri kita disuburkan oleh sejarah, asal- usul dan budaya yang diamalkan. Tak kenal maka tak cinta. Mengenal sejarah asal usul dan latar belakang sosiobudaya sangat penting terutama dalam konteks kita, bangsa Malaysia untuk terus kekal harmoni dan merdeka.

Dalam episod 2 kembara 6h5m (15-20 Disember 2021) saya nak cerita dua tempat persinggahan yang tak ada dalam itenarari tapi sangat mengesankan sebagai warga yang cinta akan negara dan sejarah bangsa.

Pada 16 Disember 2021, dari Pasar Seni kami berjalan santai untuk ke Masjid Jamek Kuala Lumpur  sambil menikmati suasana sekeliling.

Sebaik saja ternampak papan tanda muzium, saya mencadangkan agar kami masuk. Rasa teruk sangat sebab saya tak tahu langsung akan kewujudan muzium ini. 

Kami pun bergambar sambil cari pintu masuk. Mula- mula salah pintu sebab kena masuk ke pintu yang memerlukan pengunjung imbas kod QR  sebelum ke pintu yang ada kaunter tiket.

Saya memang tertarik betul dengan senibina Bangunan Sultan Abdul Samad dan  Stesen Kereta Api Ipoh. Rupa- rupanya arkitek bangunan muzium ini yang dibina pada 1905 ialah arkitek yang sama iaitu A.C. Norman, seorang arkitek British.

Muzium Tekstil Negara terletak di 26, Jalan Sultan Hishamuddin, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.

Muzium ini ditempatkan di sebuah bangunan warisan yang bercirikan seni bina Moorish. Bangunan ini pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum dibaik pulih dan dijadikan muzium pada bulan Oktober 2007Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 9 Januari 2010.

Muzium ini membantu kita menjejaki  perkembangan tekstil yang telah  membentuk gaya hidup masyarakat Malaysia sejak zaman pra-sejarah hingga kini.

Masuk saja ke dalam bangunan muzium ni, terpesona benar dengan hiasan dalaman dan segala khazanah yang dipamerkan. Terkedu seketika membaca setiap catatan. 

Pengunjung dapat melawat lima galeri iaitu 
1. Galeri Pohon Budi
2. Galeri Pelangi
3. Galeri Teluk Berantai
4. Galeri  Ratna Sari yang mempamerkan koleksi tekstil tersohor, aksesori dan pakaian.
5. Galeri Saindera menempatkan pameran bertema dan program awam.
 























































Memang sangat sesuai untuk bawa anak- anak, murid sekolah dan sesiapa saja untuk mengenali lebih dalam sejarah tekstil negara dalam pelbagai aspek.

Masa kami sampai, hanya kami berdua pengunjungnya. Dalam setengah jam kemudian masuk dua orang anak muda. Rugi sangat jika khazanah berharga ini tidak didedahkan dan dipromosikan kepada masyarakat awam.

Satu lagi kami berkesempatan ke Muzium Sejarah Kuala Selangor. Asalnya nak tengok Rumah Api saja tapi muzium ni bersebelahan rumah api. Jadi apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. 19.12.21, 2.30 petang kami ke Muzium Sejarah di No 1, Puncak Bukit Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak 53km dari Bandaraya Shah Alam dan lebih kurang 40km dari Bandar Diraja, Klang. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan lama yang asalnya merupakan kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. 

Jom, bagi yang pernah belajar sejarah Malaysia, catatan yang ada bukan saja mampu mengingatkan kita kembali malah menambah maklumat baru.
Muzium ini menghimpunkan segala pensejarahan berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Negeri Selangor terawal selain menyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766.

Pameran di muzium ini  menyediakan tujuh bahagian yang menerangkan secara kronologi Sejarah Daerah Kuala Selangor.



















Dalam perjalanan pulang menaiki trem dalam hujan renyai,  saya masih memikirkan kisah- kisah sejsrah yang sempat saya imbas kembali dan mencapai satu kesimpulan,
"Belajar sejarah bukan untuk bernostalgia tetapi untuk tidak mengulangi kesilapan dan menjadi lebih baik."- Sarimah

Sampai jumpa lagi.


 



Comments

Popular Posts