Dari Sekinchan ke Tanjung Karang, sawah saujana mata memandang mengiring perjalanan.
Di Sawah Sempadan ini bendang dipenuhi air. Bayang- bayang yang terbentuk setelah mentari agak tinggi melukis panorama yang sangat mengasyikkan.
Kami sampai 2.45 petang di D'Sawah Homestay ketika hujan renyai- renyai. Suasana teduh dan nyaman.
Sebenarnya rezeki kami dapat menginap di sini setelah ada yang batalkan tempahan saat akhir kerana masalah banjir. Dapatlah 1 malam. Itupun rumah batu, bukan rumah kayu yang diidam- idamkan.
Namun, rasa terkilan itu terhapus oleh segala keindahan yang tersaji di depan mata. Dua hari satu malam yang penuh dengan aktiviti menarik.
Inilah trem chelurut
Selepas solat dan rehat kami naik trem chelurut untuk pusing kampung lebih kurang 1 jam dengan bayaran RM20.00 per kereta. Kali pertama kenal trem chelurut.
Kami sangat beruntung kerana yang pandu chelurut tok ketua Kampung Blok EQSW Abang Mad -Ahmad Aini bin Sanusi, seorang pemimpin kecil berjiwa besar, kaya dengan idea dan perancangan untuk majukan kampung.
Masa pusing kampung, berhenti di pusat komuniti kampung menikmati air tangan penduduk dan kraftangan Abang Diman yang cukup berkualiti dan kreatif.
Bersama- sama Ketua Kampung dan penolongnya di Pusat Komuniti Blok EQSW. Banyak yang saya belajar daripada perbualan santai dengan dua orang pemimpin masyarakat berjiwa besar ini.
Basikal lama
Kemudahan untuk beraktiviti
Buat sendiri baja organik
Bilik jualan kraftangan Abang Diman
Handbag daripada kayu. Tak pernah tengok sebelum ni
Hasil jualan ada peratusannya untuk komuniti
Gerai jualan makanan ringan dan hasil tangan penduduk
Tapai pulut dan tapai ubi. Makan sedap sampai tak sedar ada yang tolong bayarkan. Terima kasih daun keladi.
Isteri abang Diman,Pn Stella yang uruskan jualan di Port Leren.
Lepas pusing dengan chelurut, kami jalan- jalan sekitar homestay
Buah sukun ni kalau goreng makan panas- panas lebih- lebih lagi ketika hujan begini, alangkah sedapnya.
Teka, bunga apa?
Jambu batu yang tumbuh di tepi tali air.
Esoknya, sesudah subuh kami keluar untuk menikmati nyaman suasana pagi sambil mencari sarapan. Maklumlah, sejak petang kemarin tak makan yang berat.
Tenang sungguh la tengok alam dan kehidupan di kampung. Rasa kembali ke masa kecil, berlari di batas bendang.
Singgah kedai makan bersebelahan stesen trem chelurut. Ha, memang stail kampung sungguh. Ambik makanan apa-apa yang nak. Masa nak bayar, orang yang jual tak ada pun. Pembantu kedai suruh makan dulu. Nanti tauke mai, bagitau saja makan apa.
Sedap yakmat nasi lemak kampung. Ada semua rasa. Murah pulak tu. Makan tepi sawah. Memang mngundang nostalgia.
makan nasi lemak berlauk dan kopi 0 2 orang baru 16 ringgit.
Kedai makan
Respect la penduduk kampung ni. Landskap rumah cantik, tersusun dan bersih

Turun juga ke dalam bendang; rindu selut dan lumpur
Antara homestay yang ada di kampung ini
Jalan-jalan sekitar kampung
11.30 pagi check out dan bergerak ke Sg.Besar pula.
Tak puas rasanya menikmati suasana kampung di sini. Moga kampung Blok EQSW terus berjaya demi kebaikan penghuninya.
Muafakat membawa berkat. Hasilnya dapat dinikmati bersama.
Jom, jelajah kampung lagi dalam siri 3 Jalan- jalan Masuk Kampung.
Jumpa lagi!
Comments
Post a Comment
Send button