Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
SEBELUM PULANG ( Jalan- jalan masuk kampung 3)
"When l travel, l want the original soul, what makes a country and a people unique and different, to learn from them"- Stefano Romano, My Malaysian Tales,m.s 53
Benar. Kembara akan lebih bermakna jika kita dapat merasa lebih dekat dengan masyarakat setempat dan belajar daripada mereka.
Kalau dapat peluang berbual dengan penduduk tempatan dan terlibat dalam aktiviti mereka,peluang itu pasti tak dilepaskan.
Dan semua itu menjadikan kita semakin tunduk menginsafi kekerdilan diri dan kebesaran Ilahi. Ibarat padi yang semakin berisi semakin tunduk.19.12.21, 11.30 kami bertolak dari D'Sawah Homestay, Tanjung Karang dan lalu Jalan Tali Air 3 , 33 km, jalan yang selari dengan ban.
Kemudian terus ke Jalan Sungai Panjang atau Jalan Terusan Utama . Jalan- jalan ini semuanya jalan kampung.
Masya- Allah damai rasa melihat air ban yang tenang, penduduk yang memancing di ban, orang berjualan hasil kampung di tepi jalan.
Ketika melalui sebahagian jalan yang tidak berturap, teringat perjalanan kami ke Lake Monowai 2019 yang tidak termasuk dalam itinerary kami.
Kali ini pun sama kerana ada beberapa tempat kami singgah dan redah saja, alhamdulillah, Allah mudahkan walau jalannya bergoncang isi perut.Cuma bezanya dulu kami berempat. Kali ini kami berdua saja jelajah 6h 5m.
Eh, ada gulung jerami tu. Singgah nak?" Cadang aku kepada Sarina. Sarina mencari tempat parkir yang sesuai kerana tebing jalan itu tinggi dan sawah jauh lebih rendah di bawah.
"Lama kita cari gulung jerami di Kedah, ada saja halangan. Rupa- rupanya rezeki di sini. Punyalah jauh." Bijak betul pemilik D'Rasa Jerami Ban Kenal menyusun gulungan jerami yang besar tu. Dari jauh sudah nampak.Ada pelantar, titi kecil dan buaian kayu berlatar belakang sawah padi yang sedang menguning luas.
Cantik landskapnya. Tarikan orang yang lalu -lalang untuk berhenti dan bergambar.
Besar betul gulungan jeraminya.
Antara hiasan di tepi buai. Ada kedai makan yang turut menjual buah- buahan potong dan kerepek pisang.
Cuaca redup sepanjang jalan. Pukul 2.00 baru nampak matahari.
Sepanjang jalan ke homestay ini hanya nampak sebuah kedai kopi kecil di tepi jalan kampung ini.
Homestay pun ada kelengkapan asas saja; katil, bilik mandi dan sinki.
Kalau bawa anak- anak, memang kena beli stok makanan banyak- banyak sebab lokasinya dalam kampung betul. Kalau tak, kelaparanlah nanti.
Selesai check in dan solat 2.30 keluar cari makan. Kami cari Ladang Tebu Aidil tak jauh dari situ.Masa sampai orang belum ramai jadi tak segan sangat nak bergambar.
Bersih dan kemas
Banyak gerai disediakan sepanjang tali air
Pokok- pokok orkid pun ada dijual di sini. Dari sini kami ke homestay Padi Hijau ,Parit 7 Timur , tak jauh, lebih kurang 3km dari Izzhomestay
Cantik 'kan?Lawa sungguh. Rumah bentuk piramid dan ada sebuah rumah batu dua tingkat. Juga berlatar sawah padi menghijau.
Banyak pokok yang sedang ditanam bagi mengindahkan lagi landskap
Damai dan menenangkan
Buai, buaiku laju..
Di depan rumah pemilik homestay
Baik budi bahasa anak tuan rumah, pelawa masuk tengok dan ambil gambar.
Ada laman web - padihijau.com
Sarina yang tunjukkan cara nak cucuk umpan pada mata kail.
Kesian pulak pada belalang. Nasib kau lah belalang.
Ikan melompat- lompat tapi umpan tak dimakan.
Kali pertama aku mancing sejak meninggalkan Singkir sekian lama. Pancing parit depan homestay saja tapi tak dapat ikan pun
Apa-apapun dia punya 'feel' tu yang best. Dengan deru angin,nyanyi burung dan geseran rimbunan padi serta lompatan ikan di air tenang cukup menghiburkan.
20.12.21 pagi kami dibangunkan oleh merdu kicau burung dan kokokan ayam. Sekarang payah dah nak dengar ayam berkokok.Lepas solat subuh, keluar duduk di beranda menyedut segar dan nyaman udara. Sesekali angin dingin menggigit tubuh.
Masya-Allah, rasa tak nak berganjak menyaksikan matahari muncul dan meninggi sedikit demi sedikit dari kaki langit lalu menebarkan warna jingga, kuning bagai melihat wajah perawan di balik selendang .
Cuaca kian cerah. Kelihatan embun bergayutan di hujung rumput. Asyik sekali.
Jernih embun mengingatkan jernih kasih ibu ayah yang dipinjamkan. Wslau sebentar meninggalkan kenangan terindah.
Usai berkemas, 8.59 kami bertolak dan masuk lebuhraya pesisiran pantai barat, Jalan Bagan Datok-Sitiawan -Teluk Intan melalui Plaza tol Hutan Melintang.
Kali pertama juga kami lalu lebuh raya ini. Ingatkan boleh sampai terus lebuh raya utara selatan. Rupa-rupanya belum siap sepenuhnya. Kena exit Teluk Intan.Perut pun dah makin rancak bernyanyi. Jadi alang- alang dah lalu situ, kami putuskan untuk masuk ke bandar Teluk Intan.
Inilah seronoknya travel sendiri. Kita tak perlu rigid dengan itinerary yang dirancang. Itu panduan sahaja.
Lima tahun bertugas di sini, kenapa dulu tak naik menara ni ya?
Anak tangga untuk naik ke bahagian loceng jam
Di atas itu ialah bahagian bawah tangki air.
Kenangan lama pun muncul satu persatu; tempat pertama aku menjadi guru secara rasmi.
Lepas makan di medan selera, kami ke Sekolah Menengah Horley Methodist dan rumah sewaku dulu. Sekolah dah banyak berubah tapi suasana rumah sewa masih sama.
Dulu tak ada tempat rehat ini.Ini pun tak ada.
Dataran depan pintu masuk ni masih tak banyak berubah.
Pukul 12.00 keluar dari Teluk Intan menamatkan jelajah 6h 5m Kedah- Perak- Kl- Selangor.
Kami memilih jalan kampung, 30km baru masuk Tapah Road dan lebuh raya. Singgah G.semanggol solat. 4.40 petang sampai.
Alhamdulillah, ya Allah perancangan- Mu tetap yang terbaik.
2022 ke mana pula?
...
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment
Send button