Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

MENCARI YANG BERBEZA


"If you always do what you've always done, you always get what 
you've always got."


Pernahkah  berasa kecewa kerana usaha kita mendapat hasil yang sama? Atau berasa hidup kita sama saja, tiada perubahan? 

Mungkinkah jika kita mengubah cara, tindakan dan usaha kita akan dapat sesuatu yang berbeza dan mungkin lebih baik?

Seperti diri kita yang sentiasa tumbuh dan berubah dari kita bayi hingga sekarang, begitulah hidup yang kita tempuh.

Jadi ,jika kita tidak pernah mencuba mengubah cara kita menjalani hidup, kita tak akan pernah tahu kemampuan kita mendapat yang lebih baik.

Melakukan perubahan tentu ada risiko.  Halim, seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai mandur di Yamuna Agri Farm Blue Valley. Banyak risiko diambilnya untuk mengubah hidup datang ke Malaysia sepuluh tahun lalu.

Ditinggalkan keluarga tersayang demi mencari yang lebih baik di negara orang. Hidup di perantauan semakin sukar apabila dia kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan lima tahun lalu.

"Abang tak balik sana?" Rasa bersalah mula menampar hatiku apabila soalan itu mengundang mendung di wajahnya yang tadi ceria bercerita tentang kerjanya. 


" Mahu tapi bos saya cakap. kalau balik sana saya lagi susah..". Dia berhenti di situ tapi bibirnya mengukir senyum. Lagilah aku rasa bersalah. Mulut ni, buat apalah tanya soalan tu.

Siapa yang tak mau pulang ke kampung halaman? Tapi apabila keadaan memaksa, rindu hanya mampu dipendam.
Syukur kerana abang Halim dapat majikan yang baik. Itu juga rezeki. 

Rezeki kami juga dapat bertemu abang Halim dan mengambil ibrah daripada kisah hidupnya.

Kehadiran kami tadi disambut mesra seorang wanita muda warga Indonesia yang sedang hamil dan meminta kami bertemu dengan mandur untuk masuk melihat bunga dan bergambar dan dia sendiri cuba menelefon mandur.

Ketika kami berjalan di batas kecil di tepi ladang, kami bertemu dengan Sarvesh yang sedang betulkan paip air. Sambil berbual dengannya,nampak seorang lelaki bertopang dua tongkat di bawah ketiaknya berjalan pantas mendekati kami.

Apabila semakin dekat, dia memberi salam beriring senyum manis. Itulah abang Halim, mandur yang menerima kami tanpa banyak soal. Kami pun berposing sakan setelah mendapat kebenaran.

Kami terjah  masuk ke ladang bunga kekwa Yamuna ini semasa dalam perjalanan balik dari Cameron Highland.

Sebelum  pulang, kami membeli 6 ikat bunga kekwa putih dan kuning dengan harga yang sangat murah.

Abang Halim dan Sarvesh menghantar kami hingga ke kereta.
"Hati- hati memandu. Bila-bila mau datang lagi, saya kasi murah- murah. Mau sayur pun boleh,kasi tau saja, " pesannya ramah penuh hemah.

Masya-Allah, alhamdulillah, Maha hebatnya Allah. Kami datang ke Cameron Highland kali ini untuk mencari yang berbeza. ALLAH temukan kami dengan insan seperti abang Halim yang nyata cukup luar biasa.

"Tempat mana lagi kita belum pi kak? " tanya Sarina.

"Rasanya semua kita dah pi. Bosan juga pi tempat yang sama. Jomlah kita pi ladang bunga ka. Kalau dapat petik sendiri lagi best."

Ya, kerap sungguh kami ke Cameron Highland (CH) sampai tak tau nak melawat apa lagi. Namun tetap suka ke CH  kerana tarikan utama ialah cuacanya dan buah- buahan serta sayuran segar.

Untuk mencari yang berbeza kami tempah khemah di Stellar Caravan, Camping and Glamping yang baru saja dibuka pada 18 Julai 2022. Lokasinya di atas bukit Taman Golden Hill, Tanah Rata. Selepas tapak pasar malam,belok kiri dan naik ke atas bukit dengan kereta.

Berhenti bergambar seketika di pertengahan jalan
Memandangkan check in pukul 3.00 petang sedangkan kami sampai di Bharat Tea 7.15 pagi, kami sarapan bekal yang dibawa dari rumah sambil menanti ladang teh itu dibuka.
Setiap kali jika aku dan Sarina ke CH kami akan bertolak awal pagi. Kami aksn solat subuh di Kampung Raja tapi hari Jumaat hari tu pukul 6.00 pagi kami silat di surau tol Simpang Pulai.

Bertolak awal dapat elakkan kesesakan lalu lintas dan dapat pergi melawat banyak tempat, tidak terkejar-kejar.









Selepas sejam kami mendaki santai di Bharat Tea kami ke The O & R Garden di belakang Nova Hotel. 

Tak sangka sangat cantik tempatnya walau agak tersorok lokasinya. Dengan bayaran RM10 seorang, memang berbaloi. 

Dapat lihat pemandangan  teres kebun dari jauh, ada taman haydrangea, taman ros,taman orkid, kolam ikan, laluan 'jungle tracking', haiwan peliharaan seperti angsa, itik, arnab dan pelbagai pokok hiasan lain.















Disediakan port untuk bergambar dan berehat.

Kolam ikan dan air terjun mini
Kemudian kami ke Healthy Strawberry Farm untuk petik stawberi dan minum jus strawberi. Ramai pengunjung seperti kami,  teruja memetik sendiri strawberi. 


Sekali masuk RM35 untuk 2 orang termasuk 1 bekas strawberi yang dipetik.
Jus strawberi dan strawberi coklat
Lama tak petik strawberi

Buah segar dari ladang

Dari situ kami  Singgah Brinchang untuk beli makanan dan minuman. Kemudian pusing Taman Sedia dengan kereta hingga ke Mardi.  Pengunjung sudah mulai ramai.

Pukul 2.00 petang kami ke Stellar untuk daftar masuk. Semakin tinggi,  panorama semakin memukau. Tambahan pula cuaca sangat cerah. 
Lobi dan cafe
Pintu masuk dari cafe
Bahagian yang belum siap
Ada rumah api?

Semakin menghampiri mulai terlihat satu demi satu campervan di sebelah kiri. Kami parkir kereta di tempat yang disediakan berhampiran tapak khemah

.

Check in
Di luar pejabat/lobi











Luas kawasan  parkirnya. Kawasan campervan juga cantik dan selamat. Yang menyewa di situ saja dapat masuk. 

Pejabatnya comel dan cantik dalam sebuah kontena kecil bertingkap kaca. Di sebelahnya dapur dan ruang jualan kraftangan.

Di depan cafe
Di hadapan dapur ruang terbuka yang agak luas untuk bersantai. Ada disediakan meja dan kerusi serta layar putih yang besar.

Ruang santai di kawasan campervan
Ruang terbuka untuk rehat dan menonton. 
Ruang jualan kraf. Sempat lagi bergaya😍


Semasa tiba, kami disambut dengan secawan kecil jus oren menbasah tekak. Dua tiga orang anak muda bergegas untuk mengangkat beg kami.

Di sisi lobi/ pejabat ada tangga kecil
menuju ke tapak khemah. Di sebelah kiri ada bangunan bilik mandi dan tandas. Ada 5 buah khemah untuk 2 orang dan ada 1 khemah untuk 4 orang.

Pintu masuk 

Rasa macam ada di negara 4 musim
Tandas dan bilik mandi yang bersih dan cantik.

             Di depan khemah kami

Seronok sangat. Simple dengan hiasan minimalis 'earth colour' cukup mengujakan sementelah sudah berpuluh- puluh tahun aku tidak tidur di dalam khemah.



Belum puas menikmati panorama indah, tiba- tiba langit terang bertukar mendung. Sekelip mata hujan turun dengan lebatnya. Sejuknya masya-Allah. Sedapnya makan baki bekal dalam hujan dan ketika perut lapar.

Seronok pula kami bermain hujan terutama menolak air hujan yang bertakung  di atas kanvas khemah terbuka. Para pekerja di situ sibuk membantu pengunjung dan memastikan tiada masalah timbul.

Sehingga hampir 5.30 petang barulah hujan lebat berhenti. Ksmi berdoa agar malam nanti tidak hujan. Alhamdulillah doa dimakbulkan.

Di ruang makan kafe
Di ruang santai
Salah satu campervan
Bangunan di depan tu bagai istana



Selepas hujan reda, kami meronda kawasan dalam kedinginan. Syukur tak lupa bawa baju sejuk. 




8.00 malam kami dihidangkan steamboat di depan khemah masing- masing.
Banyak portionnya, untuk 2 orang tapi boleh makan 4 orang. 




Sejuk- sejuk ni sedapnya makan sup tomyam panas- panas. 


Banyak betul.








Sekitar pukul 9.00 aku dah masuk dalam sleeping bag. Mengantuk kekenyangan dan keletihan. Pukul berapa Sarina masuk pun aku tak sedar.

Chak!
Suasana malam, damai dan tenang
Jaga pukul 3.00 pagi tapi tak berani keluar sebab sunyi dan sejuk. Tidur semula hingga 5.00 pagi. 

Sebelum sarapan kami berjalan mencari tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbit dalam suasana langit berawan mendung dan bukit- bukau diselimut kabus .

Matahari naik diselimut awan


Selepas sarapan nasi lemak, roti dan kopi kami check out pukul 10.00. 

Kalau ke CH tak sah lah kalau tak beli strawberi, kaktus, buah- buahan dan sayur- sayuran. Penuh bonet kereta dengan pesanan kawan- kawan.

Selesai membeli- belah, kami pergi ke Ladang Anggur di Blue Valley malangnya ditutup. Mungkin kerana bukan musim anggur berbuah.

Dari situlah kami ternampak bunga- bunga kekwa putih kuning yang swdang mekar.

"Jom kak. Saya nak cuba bagi boleh masuk juga," kata Sarina.

Alhamdulillah. Misi mencari yang berbeza Allah sempurnakan melalui pertemuan dengan abang Halim yang sangat menyentuh hati kami.

Walau sebentar saja pertemuan kami, terlihat jelas kekuatan semangat dan ketabahannya menerima qada' dan qadar. Setiap pergerakan dan raut wajahnya menampakkan kecekalannya.

"Tidak perlu sempurna untuk menginspirasi orang lain. Biarkan orang lain terinspirasi oleh cara kamu menangani ketidaksempurnaanmu.”

Kisah abang Halim benar- benar menginspirasikan. Moga hidup abang Halim sentiasa diberkati dan sentiasa dalam peliharaan Allah. Begitu juga keluarganya di Bangladesh.

Kami pulang bersama semangat yang dititipkan abang Halim. 
....

"Jika kehidupan membuat diri menangis, ingatlah , ada ribuan kenangan indah yang membuat kita tersenyum."
...
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri, tapi terlalu sedikit yang aku syukuri. Ampuni aku ya Allah.
...
Terima kasih Allah.
Terima kasih suamiku.
Terima kasih 'my travel buddy.'

Waiting fot next trip.😊  #kembaratakperlukaya.







Comments

Popular Posts