Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

BALIK KAMPUNG

Kampung suami di Ramuan China Besar Melaka. Setahun dua atau tiga kali sahaja kami pulang.

Sejak emak mentua tak ada kekerapan makin kurang. Namun apabila suami bina sebuah rumah kecil di tapak tanah bahagiannya,  dia berharap dapat pulang lebih kerap.

Tapi kita hanya mampu merancang. Faktor usia dan kesihatan jadi penghalang. 

Nak memandu 5 hingga 6 jam sehala suatu kesukaran buat kami. Jadi kami jarang balik. Cuma diganti dengan bilangan hari yang lebih banyak.

Dia suka. Di samping berkebun, menanam macam-macam jenis pokok dapat juga menziarahi sanak- saudara.

Biasanya kami akan menyewa Chalet Pak Sheikh di Sungai Tuang. Lokasinya dekat dengan masjid, Pengkalan Balak da  tak jauh daripada Tanjong Bendahara.

Kami suka. Chaletnya bersih, ringkas dan yang paling aku tak boleh move on ialah aku dapat melihat matahari terbenam hanya dengan duduk di depan pintu chalet.

Chalet 10 pintu itu hanya 60 meter daripada laut.Bangun pagi nampak laut. Malam pula dihiburkan debur ombak.

Di chalet cuma ada sebuah katil queen, satu set kerusi, sebuah tv, aircond dan bilik mandi yang luas.

Cukuplah untuk sesiapa yang suka interior serba ringkas.. Pada kami, kebersihan yang utama selain menghadap laut.

Lihatlah foto- foto pemandangan siang dan senja yang memukau di hadapan Chalet Pak Sheikh. Dapat juga dilihat kapal- kapal besar berlabuh.

Kali ini kami balik 8.1 hingga 15.1.2023. Lama 'kan? Balik berkebun, bukan melancong ya.

Tapi seronok juga dapat bertemu anak cucu, saudara-m mara sebelah suami.






























































Comments