Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

Mengintai Rindu (1)

 "The great thing about new friends is that they bring new energy to your soul.”– Shanna Rodriguez

Kawan baharu sentiasa membawa pengalaman menarik. Benar kata Shanna Rodriguez iaitu rakan baharu menyalakan semangat baru dalam jiwa.

Kami kenal tidak lama. Pertemuan pertama dalam bengkel penulisan kisah hidup bawah bimbingan Puan Sri Diah Shaharuddin dan Mr. Stefano Romano, seorang jurufoto profesional pada Mac 2019. Waktu itu kami sekadar menyapa dan berkenalan ringkas. Malah tak bergambar pun.

Bersama Puan Sri Diah dan peserta BKHKembar 10

Segalanya berubah apabila pelancaran buku BKH Pulau Pinang, Tanpamu Aku Merangkak Mendaki Hidup akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL)

Semua yang terlibat sibuk merancang perjalanan ke  PBAKL 2019. Ada yang siap tempah tiket kapal terbang, tiket bas, kereta api dan kongsi kereta. Saya pula masih 50- 50, nak pergi atau tidak. Tambahan pula saya jenis lambat mesra, selalu lebih memerhati daripada bercakap. Tapi kalau dah mesra, tak ada pantang larang lagi dah.

Tak kenal maka tak cinta. Memang benar. Sejak bermula perancangan ke pesta buku hingga hari bertolak ke Kuala Lumpur. Bayangkan tujuh orang dengan beg pakaian masing-masing naik sebuah Alza. Padat sendat. 

Tapi itulah pertemuan kedua yang terus mengikat hati kami. Pengalaman dan cabaran perjalanan 3 hari 2 malam itu benar- benar rezeki untuk kami. Allah kurniaan persahabatan dan kasih sayang yang sangat indah.

Tak cukup sekadar bertanya khabar melalui whatssap, dalam kesibukan masing- masing tetap mengintai ruang untuk bertemu melepaskan rindu.

Apabila peluang tiba, masya-Allah kami sambut dengan syukur tak terhingga. Cikgu Fahida menguruskan penginapan dan lain-lain. Lalu 23 Jun 2020 kami berenam kecuali DJ Azie tak dapat ikut kerana bertugas bercuti bersama--sama.

NorHuda dengan Cahaya Matahari, Nurul Huda dengan Jamiza,Fahida sendiri dari Perlis. Saya menunggu Nurul huda dan Jamiza di Jeti Semeling sebelum kami konvoi ke Yan.

Begitulah tautan hati. Persahabatan memang tidak ditentukan oleh lama atau singkatnya masa mengenali tapi keikhlasan dan ketulusan hati.

Di sini saya sertakan dahulu foto-foto pertemuan kami di bengkel kisah hidup dan di PBAKL 2019.  Kisah percutian kami dalam cerita seterusnya ya.

Di Hotel Sani,pertama kali mendakap buku


Majlis Pelancaran BKHKembar 10




Comments

Popular Posts