Search This Blog
Lihatlah alam, renunglah ke dalam diri. Pasti bertemu yang dicari. Jelajahi dunia dengan membaca.
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
JALAN-JALAN SANTAI
TRAVELOG IPOH ( Siri 3)
"If you don’t know history, then you don’t know anything.
You are a leaf that doesn’t know it is part of a tree.”
– Michael Crichton
Hajat hati hari ni kami nak cari bangunan- bangunan bersejarah/ lama di bandar Ipoh sambil menikmati makanan dalam suasana berbeza.
Jom ikut kami, jelajah Ipoh
30.10.2020
7.30 sarapan dulu di hotel. Lepas sarapan jalan- jalan nikmati panorama pagi sekitar hotel.
8.30 kami bertolak ke bandar raya Ipoh. Cari kawasan parkir yang paling dekat sebab nak parkir seharian di situ.
Kami plan nak ronda jalan kaki saja. Dalam perjalanan singgah kedai nyonya ada pondok telefon lama warna merah, beli topi.
Destinasi pertama kami ialah Concubine Lane. Masih awal masa kami sampai. Jadi banyak kedai yang belum dibuka. Senanglah nak selfie.
Lepas dua kali pusing kami menikmati suasana klasik di Platform 9 1/2 Coffee & Brewcafe.
Best sangat. Kami orang pertama pagi tu. Jadi, ini tempat ana yang punya !
Segala yang dipamerkan semua dicuba termasuk watak- watak dalam Harry Potter.
Bangunan lama yang diubah suai dekorasi dalaman klasik ,vintage begitu menyenangkan.
Dari tingkapnya yang panjang dan luas, kita dapat melihat aktiviti sepanjang Concubine Lane itu dari atas sambil minum ice blended dan makan sepotong kek.
Bukan nak makan sangat pun sebab sarapan tadi masih kenyang. Lepas puas jadi kanak- kanak di alam Harry Potter,11.30 kami jalan lagi sambil bergambar.
Kemudian kami ke Plan B dalam 10 minit jalnn kaki. Mula- mula saya ingat plan B ialah perancangan alternatif dalam itinerari kami. Rupa-rupanya nama cafe.
Cafe kemas, ringkas tema industrial. Duduk sejam makan warhol soup, pasta pepperoni creamy, air teh camomile dan tembikai, air kosong borak- borak,releks sampai 12.30.
Di sebelah Plan B ialah Kong Heng Square yang terdaoar banyak cenderamata homemade.
Suasananya sangat nostalgik kerana bangunan di situ dikekalkan wajah asalnya termasuk pokok- pokok besar yang telah tua.
Tengah panas lit- lit kami menghala ke Stesen Kereta api. Bergunalah topi yang dibeli tadi. Dalam satu km juga kena berjalan.
Sepanjang jalan pergi dan balik, ada macam- macam tarikan termasuk mural, bangunan lama, grafiti,arca untuk dirakam.
Rehat sebentar tengah rembang, azan jumaat sedang berkumandang.
Stesen kereta api dah cantik. Beza benar dengan kali pertama saya ke situ lebih 20 tahun dulu , berkursus di Hotel Majestic di atasnya.
Ronda bandar Hipster Malaysia berakhir di Green Town Dim Sum Cafe. Ramai peminat dim sum rupanya. Penuh.
Bersantai di situ hingga peluh kering. Bertolak ke hotel lebih kurang pukul 4.00 petang.
Jalan santai yang menyeronokkan dan menyihatkan. Jauh tu kami berjalan.
Sampai hotel,tak sabar nak terjun kolam. Sejak sampai kemarin,asyik jeling ja kolam yang cantik menawan.































Comments
Post a Comment
Send button