Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

THE HIDDEN GEM

 TRAVELOG IPOH (Siri 2)

"Man cannot discover new oceans unless he has the courage to lose sight of the shore.” – Andre Gide

Dulu- dulu saya tak berani travel sendiri, mesti ikut agensi pelancongan. Saya takut nak ambil risiko dan paling penting, sayang nak tinggalkan zon selesa.

Alhamdulillah, Allah temukan dengan sahabat yang mengubah persepsi saya dalam hal ini. 

Keluar ke dunia baru, teroka sesuatu yang baru dan asing rupa-rupanya cukup berharga. 

Dapat banyak pengalaman dan kenalan dan yang tidak kurang pentingnya, melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan dalam pelbagai perkara.

29.10.2020 11.00 pagi, dari Kellie Castle kami bergerak ke Tasik Cermin,Pinggir Rapat,Ipoh. Jenuh jugalah mencari lokasinya mengikut waze.  

     Pemandangan sekitar tempat parkir

Kedudukan Tasik Cermin agak jauh daripada jalan utama dan tersembunyi  di belakang kawasan industri. Pusing sana pusing sini akhirnya sampai juga.

Tak ramai yang tahu tempat ini. Orang Ipoh sendiri pun ada yang tak tahu dan tak pernah sampai ke Tasik Cermin. 

Semasa kami berhenti  tanya dua orang pemancing berhampiran untuk pastikan kami tak silap jalan, mereka agak terperanjat kerana kami tahu tentang tasik berkenaan.

Dari jalan besar , kena lalui jalan berbatu kira-kira 500 meter di kawasan kuari. Selepas parkir kereta di satu kawasan yang disediakan kami berjalan kaki dalam 100 meter.

              Di pintu terowong ke tasik
                   Di dalam terowong
             Wah, dah hampir sampai!

Mula-mula jumpa terowong, cuak juga rasa nak masuk. Memandangkan bukan kami saja yang ada, diberanikan diri memasuki terowong berkenaan.

Walaupun gelap, terowong tu luas dan nampak cahaya di hujungnya yang berhadapan dengan tasik. Jadi taklah rasa takut. 

Saya buka torch light handphone. Dapat juga nikmati tekstur batuan pada dinding dan bumbung terowong.

Semakin dekat semakin teruja nampak cahaya dan panorama dari pintu gua. Nampak ada dalam 7,8 orang sedang berfoto.

           Pelantar yang disediakan 

Wah, memang menakjubkan suasananya. Rasa macam berada di  Krabi Thailand. Kehijauan air tasik dan tumbuh- tumbuhan semula jadinya amat menyegarkan.


Apalagi, krik krik lah tak berhenti. Dapat lihat kawasan batu kapur dari pelantar yang dibina cukup mengujakan.

Kalau di pulau selatan New Zealand ada Mirror Lake, Ipoh juga ada tasik cermin yang menakjubkan.

                   Dari sisi sebelah kiri


Semasa di Lake Matheson,saya terpesona dengan biasan banjaran gunung yang diliputi salji, di sini dapat lihat bayang yang tak kurang hebatnya.

Memang betul,orang cakap Tasik Cermin ini the Hidden Gem. Bagi yang suka trip yang agak mencabar,tempat ini memang sesuai.

Cuma mungkin pihak berkenaan boleh buat sesuatu untuk majukan tempat ini dan sediakan kemudahan yang sesuai.

Apapun, viewnya memang wow. Bagi pencinta alam seperti kami, rasa puas hati dapat ke sini.


Ok, selamat menjamu mata dengan keindahan Tasik Cermin. Petang ni baru nak check in hotel. Jom, kami stay di mana ya? 😁

Comments

Popular Posts