Skip to main content

Featured

2 HARI 1 MALAM

  Terima kasih rakan - rakan sekerja Bilik Guru SABAR, menghadiahkan baucar percutian 2 hari 1 malam di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai sempena persaraan saya tahun lepas. Sekejap saja sudah hampir setahun. Terima kasih sangat kepada adinda Suriati Mohd Subri yang sering ingatkan saya tentang tarikh tamat tempoh baucar berkenaan. Alhamdulillah, semalam  5 Februari 2023 kami sudah menggunakannya. Alang- alang nak  pergi, ajak sekali kanda Sakinah Abu Bakar   dan abang J serta puteri mereka, Hana untuk mencipta memori manis bersama- sama. Benar kata orang, yang penting bukan ke mana kita pergi tapi dengan siapa kita pergi. Jarang dapat peluang bercuti bersama-sama. Apabila sudah dapat, kita isilah sebaik mungkin. Bukan rancang beria- ia pun tapi Allah mengizinkan- Nya. Mula- mula nak naik dengan van sewa tapi akhirnya  pandu kereta sampai ke atas. Segheyat darah tau apabila sampai selekoh tajam. Dia punya lipat tu, fuh..macam nak luruh jantung walau p...

JALAN- JALAN MASUK KAMPUNG ( Siri 1)

"If You Truly Love Nature, You Will Find Beauty Everywhere” – Vincent Van Gogh.

                   Taman Tasik Taiping 15.12.2021 

Saya anak kampung. Bau selut  wangian yang digemari. Terik mentari di batas bendang ialah payung yang meneduhkan hati. 

Hingga kini, kampung bagai kekasih yang amat dirindui. Kesempatan sentiasa dicari untuk hadir di sisi. Tak kisah ke mana, asal kampung, hati pasti menyanyi.

Mengapa hati terasa tenang bersama alam? Kerana alam sentiasa berzikir. Tiap yang dekat dengan Allah, pasti tenang.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”

Allah al Wasi' yang meluaskan dan menenangkan.

Sebahagian besar kembara 6 hari 5 malam (17-20.12.2021) benar- benar membawa saya pulang ke pangkuan yang dirindu. Puas rasanya. 2 hari 2 malam di Kuala Lumpur dan 3 malam lagi di Kuala Selangor, Sekinchan, Jeram, Tanjung Karang dan Teluk Intan.

Rata ceruk kampung dijelajahi. Main rodong saja kata orang Kedah walaupun ada waze membantu, dengan izin- Nya belaka.

Sepanjang jalan dikelilingi wajah alam yang menakjubkan walau dalam redup awan dan renyai hujan. 

Perjalanan bermula 15.12.2021 di Taman Tasik Taiping. 
Seawal 9.45 pagi kami dah sampai. Parkir kereta dan menelusuri jalan dan denai dengan berjalan kaki menikmati keindahan alam dan menghirup segar angin pagi. 



Alam yang menghijau,tenang air di tasik dengan ikan berenang riang sungguh mendamaikan.



Selepas 2 malam menikmati gemerlap neon di langit malam Kuala Lumpur, kami bergerak ke Kuala Selangor 17.12.2021,10.45 pagi- masuk  Jalan Kucing- Jalan  Duta-  Lebuh Raya Utara Selatan.

Masuk exit LATAR- Bestari Jaya ( Batang Berjuntai) atau KLSEB Lebuh Raya Asam Jawa- Templer Park (2019).melakui  tol Kuang dan tol Ijok.

Singgah makan di Restoran Rabitah 12.50 , Jalan Tok Piah, kemudian check in Homestay cikgu di Taman Sirambai.

2.30 ke Bukit Melawati naik train .masuk muzium sejarah, lihat rumah api dan bermesra dengan monyet dan lutong dalam hujan yang agak lebat.

Monyet
Lutong


Pencinta haiwan

Memerhati
Rumah Api
Homestay di Taman Sirambai, Kuala 
Selangor.






Dari Bukit Melawati kami terus ke Pantai Remis, mendengar ngaum ombak ketika angin kencang dan hujan.

Melihat keadaan laut yang bergelora, hati berdoa agar esok cuaca reda untuk kami menikmati Sky Mirror.

Namun kita merancang, Allah yang tentukan. Esok pagi, check out dan ke jeti. Kami menunggu cuaca reda lebih sejam di atas Boat Cafe tetapi akhirnya dimaklumkan bahawa trip dibatalkan kerana bahaya dan wang akan dikembalikan.

Bagus sikap pengusaha bot ke Sky Mirror kerana mengutamakan keselamatan pengunjung berbanding wang.
Jeti untuk ke Sky Mirror.



Kami pun terus ke Sekinchan mencari ladang Teh Lemon Myrtle tapi ditutup.  

Ikan yang dikail dua lelaki di tali air.
Rumah di tengah sawah
Dalam perjalanan dua tiga kali berhenti ambil gambar sawah padi yang mula menguning.
Rasa nak terjun saja ke dalam tali air ni. Jalan Tali Air 6, Sekinchan

Alhamdulillah jumpa kebun bendi, lebih 3 hektar.   Kami beli 5 ringgit  bendi daripada  pekebun.
Ramah mak cik ni bercerita kepada kami.
Segar dari ladang
Beberapa anak muda sedang memetik bendi, malu-malu nak diambil gambar.
tumpang bergambar
Sarina buka kasut, terus masuk dalam selut berkaki ayam untuk merasai pengalaman baru.


Sebulan dah boleh tuai. Sekali tuai lebih 400 kg. Beberapa kali tuai dalam tempoh 3  bulan Jalan Tali Air 6,Parit 7.



Dari situ kami singgah Faridah Mentarang Bakar
untuk makan tengah hari sebelum teruskan perjalanan ke Tanjung Karang.
 
Pukul 1 masuk Tali Air 4, pusing tengok bendang.
Nampak pokok kelapa ni terus bergambar. Konon memanjat la.

Anak- anak muda sedang menjala ikan. Terkenang masa kecil- kecil dulu tangkap ikan dengan kawan- kawan.
Syok tengok depa dapat ikan. Tak pernah lagi lihat orang jala ikan macam depa. Menarik.




Singgah N16 Bus Cafe jalan Tali Air 4, bas lama dijadikan cafe. Kreatif betul untuk menarik pengunjung.
Di belakang tu Padi Box Homestay- kontena
Suasana di dalam cafe.
Menunya jenis- jenis kopi dan kek
Bas lama yang dimanfaatkan.
Dari tingkap, nampak sawah yang luas terbentang.
Tengoklah jenis kertas yang digunakan- klasik

Pandangan dari depan









18.12.2021, 2.45 petang kami selamat sampai di D'sawah homestay.

Ok , kita berhenti di sini dulu. Apa istimewa D' Sawah Homestay? Tunggu siri 2 ya, khusus tentang D'Sawah Homestay. Saya akan sajikan pemandangan yang cukup cantik dengan aktiviti penduduk yang menarik.

Jumpa lagi! 


Comments

Popular Posts